alhamdulillah...aku dah mula kerja semula
huh, letih setelah penat balik kampung.hari ini aku dah mula masuk kerja selepas bercuti panjang sempena hari raya 2005.biasalah aku sampai pada hari rabu pada pukul 12.30 malam setelah berhempas pulas drive kereta dari kampung ke KL.huh, letih yang teramat sangat.apa nak dikata dah kampung jauh heheee.
biasalah perangai aku bila dah duduk kampung tu bukan main susah nak datang kl balik. hiee, kalau tak fikirkan kerja dan tanggungjawab aku.rasanya dah malas nak datang kl lagi.kalau fikirkan kl N kampung banyak perbezaannya. susah juga masing-masing ada kelebihan tersendiri.kalau tinggal di kampung huh, tenang, udara segar, otak aku pun sentiasa relax saja.tapi tak mungkin boleh hidup cam tu sebab kita ada tugas masing-masing.
ahhaaa...tinggalkan kenangan dekat kampung seminggu yang lalu...jauh-jauh.agar diri aku kuat kembali untuk meneruskan kehidupan di kl ini.hari ini masuk kerja. kawan-kawan pejabat pun ramai lagi yang masih bercuti panjang.oohh..korang cuti melampau eekk.nanti balik pejabat baru kau orang semua tahu, kerja dah bertimbung dah nie.semalam dan hari ini, perut aku meragam sikit. sebab belasah kuih raya, tapai, N banyak lagi benda yang aku makan masa kat kampung hari tu.hah sekanrang ini dia memulas lagi.aku x tahu nak buat apa lagi.semalam aku pergi buat mykad. huh, ramai betul orang dekat jpn. jenuh aku menunggu. giliran yang ke -150. nasib baik aku sabar. Oooo, kalau paksa aku pergi lagi, sori lah.
esok atau lusa mungkin aku ada jemputan rumah terbuka. yang tertutup cuma rumah aku saja, heheee.hari ini aku check e-mel, adalah jugak kawan yang ingat pada aku.jadi aku balaslah apa yang patut aku balas. kad raya pun adalah dua tiga keping atas meja daripada kawan lama aku dulu yang aku lupa nak hantar kad raya pada mereka.heheee, malu aku. nasib baik mereka ingat aku lagi.
memandangkan hari ini aku baru masuk kerja, jadi banyaklah sikit kerja yang tertangguh tu kena aku perabihkan.check list kena buat semula.jadi aku kena buat kerja dulu.permudahkan urusan aku untuk hari ini dan selama-lamanya.amin...
No comments:
Post a Comment