Monday, November 28, 2005
semalam...hari yang memenatkan diri,otak,mata dan mulut aku
semalam...hari yang memenatkan aku. sebab semalam rumah aku kena serang dengan kawan-kawan lama aku yang tak segan silu nak buat surprise kononnya.hah...apa lagi habislah dapur rumah aku bergegar kena masak apa yang patut.nasib baik rumah aku tu ada nasi,ayam,gula,garam,kopi,teh,kerusi,meja makan,rak kasut dan macam-macam lagilah yang sememangnya dah ada kat rumah aku tuh.jadi senanglah apa yang diorang nak boleh disediakan dengan senang.malahan bilik sembahyang dan tempat melepas pun aku sediakan untuk diaorang...heheee.makanlah apa yang ada.itu saja yang boleh aku cakapkan..."ni bukan jamuan raya, tapi sekadar jumpa kawan lama dan supaya korang kenal rumah aku. lain kali boleh singgah.tu pun kalau aku rajin nak layan korang." cakap aku.hehehee...lama juga tak jumpa diorang ni.ada yang dah ada anak sorang.dua orang dan yang masih proses pun ada.apa yang aku nampak dengan mata kasar akulah.
aku ingat semua kawan-kawan aku masa belajar dulu semuanya dah kahwin.mereka pun dah ada kerja tetap.keluarga bahagia.walaupun seharian aku layan dia orang, tapi aku tetap berpuas hati sebab dia orang juga masih ingat aku.sampai malam dia orang lepak rumah aku.tak sampai hati aku nak halau dia orang tu.sebab aku tengok macam masing-masing tak nak balik je...
sebab lama tak jumpa.semalam rumah aku riuh rendahlah dengan suara orang tua yang gelak ketawa, suara aku sendiri yang tak berhenti bercakap, budak kecik yang bising sedang menyepah dan menyelerakkan barang-barang rumah aku sampai jadi macam tongkang pecah...walaupun time tu aku nak marah, tak sampai hati sebab control macho pada mak bapak dia orang, baby yang menangis mungkin nak susu atau yang dalam perut mak dia orang atau aku sendiri tak faham dia orang nak apa dan dog yang ada di sekitar rumah aku tuh yang sentiasa buat bising...dengan aktiviti kejar mengejar untuk tackle dog perempuan dan buat-buat warning bagi mangsa yang baru melalui kawasan perumahan aku.
kawasan depan rumah aku penuh dengan kereta dia orang yang parking ikut suka hati mak bapak dia orang saja.macam jalan tu dia orang yang punya.jadi, terpaksalah aku membetulkan semula kereta dia orang tu sebab menghalang kereta jiran-jiran aku tuh.nak jaga hati jiranlah katakan.lepas itu juga habis kocek aku kena sebat dengan anak-anak dia orang, sebab kena bagi duit raya...uWuwaaaaaa...sabar.sedekah sajalah.
menjelang pukul 9.00 malam, semua kawan-kawan semua balik.tak kiralah yang balik dengan kerelaan mereka atau yang aku perambat balik sebab kedai nak ditutup.esok kerja.sesudah mandi, dalam pukul 10.30 malam lampu rumah aku padam.seketika untuk aku berehat, tidur,mimpi,mengelamun, fikir hal kerja esoknya dan yang penting sekali nak jawab pada boss aku kenapa tak datang open house rumah dia semalam...mampos aku.dah dia bagi kad jemputan lagi.ni yang jadi seram sejuk aku jadinya.
jadi aku belah dulu sebab nak buat kerja dan dengan muka Rm0.20 nak jumpa boss aku untuk minta maaf sebab tak datang rumah dia semalam.pada kawan-kawan dan anak-anak dia orang, terima kasih sebab ingat dan datang rumah aku, walaupun mungkin aku dah lupa korang sekejap dalam kesibukan tugas seharian aku di dunia ini.pada jiran yang jauh, jiran yang sebelah rumah,yang dekat dan dog...terima kasih sebab faham perasaan aku dan bagi muka pada aku semalam, hari ini dan selama-lamanya.pada jiran sebelah harap maaf sebab aku tak panggil korang datang rumah aku dan aku bagi makanan tu pada korang lewat semalam.sebab kalau aku panggil pun mungkin korang tak berani masuk dalam rumah aku yang riuh rendah dengan suara, tangisan, bising dan rumah aku yang time tu yang bersepah gile.malu aku juga.sekarang aku nak buat kerja...boss pun tak ada, cuti.letih open house rumah dia tuh.esok saja aku jumpa dia.selamat aku.
cerita ini berkaitan dengan kawan-kawan aku saja.tidak ada kena-mengena dengan yang sesiapa yang tak datang rumah aku semalam.pada yang kena, jangan ambil hati.sebab aku nak rakam ingatan dan time sejarah aku ni dalam blog aku yang sentiasa theMerepek...akuSendiri ini.sapa nak baca-bacalah.tak nak baca, aku tak marah.sebab aku percaya pada diri aku sendiri, apa yang aku buat theBest,mungkin aku sendiri tak faham,merepek,tengah makan kerepek dan ntah apa-apa ntah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment