kau rasa gembira
sebab kata-kataku memuji dirimu
di saat engkau kenali aku
di waktu itu
itulah aku
kau rasa hari yang dilalui
penuh dengan suka duka
tiada ruang kosong dalam benak fikiranmu
kerana aku masih bersamamu
pada saat itu
kau masih kenali aku
mungkin
itulah aku
pada pertemuan yang lalu
katamu tak terduga mengenali aku
dalam kekalutan masa
muncul aku dalam bayangan hidupmu
terlontar aku
sesat dalam perhitungan cintamu
walaupun aku lari daripada mengingatimu dalam perjalanan ini
yang diciptakan sendiri
dalam kamus hidup
itulah aku
sering kali
aku menuntut hakku
...merinduimu
...mencintaimu
...menyayangimu
...mendekatimu
permaisuri hati ini
dalam menampal tebing kota yang rapuh
itulah aku
arggahhh...
kini
itulah aku
aku yang selalu merepek
merepek macam kerepek pisang
kerepek pisang yang lazat
sebelum masuk angin
yang banyak terdapat di pasar-pasar
di hujung kampung kita
di lorong-lorong sempit
mahupun warung-warung yang selalu dihinggap debu jalanan
...lalat hijau
...cengkerik, cengkerang, congkak, cerek, cicak, mahupun cicak kubing
walaupun tak sehijau mangkuk tandas
di sini aku merepek
di tempat kerjaku ini
masa boss aku tak tahu
kalau dia tahu mampus aku
masa itu
otak kelu, bisu, dan tidak berfungsi seperti lazimnya
itulah aku
yang tak tahu lagi nak merepek
tika suatu cahaya melintasi mejaku
cahaya yang kecil, hampir tidak nampak pada pandanganku
itulah cahaya...
cahaya kerepek pisangku yang terakhir...
yang terpaksa dibuang pergi
kerana
dah masuk angin....
No comments:
Post a Comment