Friday, November 18, 2005

hari ini aku masih lagi di sini...

hari ini aku masih lagi di sini. pejabat.esok seperti biasalah cuti sabtu N ahad.minggu depan aku tak ada di pejabat sebab menghadiri mesyuarat/bengkel di eastin hotel, petalingjaya.jadi sepanjang aku tiada dalam pejabat bermula 21 - 24 november 05, kena almaklumlah aku tak boleh nak update aku punya blog aku nih.
kalau panjang umur aku akan tambah lagi maklumat terkini dalam blog aku nih.biasalah dalam bulan ini memang sibuk dengan tugasan dan kursus yang bakal aku hadiri atau kena suruh pergi oleh pentadbiran.tu pun kalau aku kena pergilah.kalau tak pergi mana-mana, aku ingat aku dok kat pejabat sajalah.buat kerja harian seperti biasa.
hari ini aku terpaksa buat balik kerja yang tertangguh di pejabat hari ini untuk disiapkan di rumah pada hari minggu nanti.tu pun kalau aku ada mood nak buat dekat rumah.hari minggu pun satu hal, banyak nak kena pergi open house hari raya saudara sedarat aku dan kawan-kawan yang rajin nak jemput aku tuh.pening jugak kepala, rumah sapa nak pergi dulu...heheee.nampaknya hari minggu ni, jimatlah poket aku.jimat ke bendanye..nak tuang minyak kereta pulak.pas tu kena bagi duit raya pada anak buah aku yang baru kenal dunia tu jugak dan yang mungkin baru pertama kali sambut hari raya di dunia tahun ini (sebelum ini dalam perut mak diorang kot).cihh..kalau fikir, minyak lagi mahal sekarang nih. heeeee..geram aku.
sabar je lah aku.ini semua dunia punya pasal.kalau aku ada masa terluang nanti aku akan balik pejabat untuk check blog dengan e-mel aku.nanti aku balas e-mel korang. pada kawan-kawan
e-mel, harap maap aku tak ada dua tiga hari ini.kerja berattttt..
selamat berhari minggu/bercuti pada kawan-kawan yang aku kenal N yang tak kenal, belum kenal, yang sesat, saja-saja buat sesat...dalam blogspot aku nih.arghhh...sapa-sapa sajalah.jangan lupa pergi surau dekat rumah korang, jangan nak enjoy saja.siapa yang salah gunakan masa yang ada, dialah orang yang rugi.heheheeee...

No comments: