hari ini adalah hari yang betul-betul sejuk kat pejabat aku.di luar tu, hujan masih tak berhenti-henti turun menyembah bumi.gumpalan awan hitam terus berarak laju yang menandakan hari ini hujan akan turun lebat di kuala lumpur.apa yang pasti, hari ini juga kesesakan jalan raya pasti akan berlaku.
aku bertemankan lagu untukmu sayang nyanyian kumpulan amuk melewati kesejukan dalam pejabat ini dalam pukul 1.00 tengah hari.waktu rehat.aku sedar, hari ini sudah rabu(16 november 2005).banyak lagi kerja yang belum aku selesaikan.kerja ini perlu diselesaikan dalam dua tiga hari ini.minggu depan aku tak ada di pejabat kerana menjadi urus setia untuk bengkel buku KBSR selama seminggu. rasa badan macam nak demam.arggh...balik rumah telan ubat saja.selesai masalah.waktu ini semua lampu bahagian aku dipadamkan untuk menjimatkan elektriklah katakan.sesekali aku dalam waktu aku merepek ini, aku pandang kanan dan pandang kiri seekor pun manusia aku tak nampak.sebab diorang semua berbengkel.
hari ini perut aku berkeroncong sangat-sangat.dahlah pagi-pagi lagi sudah melepaskan hajat dekat mangkuk kecil di pejabat tadi.aku pun tak tahu dari pukul 11.00 pagi tadi lagi dia dah meragam.semacam merintih-rintih dan merayu-rayu aku supaya ke kantin di tingkat lima tu.kelaparan aku ini tak terbendung lagi, tidak tergambar dengan kata-kata.uuuhh...apa nak dikata.macam monkey dalam iklan tv masa aku kecil-kecil dulu "dah empat hari saya tak makan. tolonglah beri saya makan".aku ingat lagi iklan tu. apa lagi, aku bagi dia nasi putih kuah kari dan kawan dia ikan kukus goreng.ikan ni kegemaran aku sejak kecil lagi.kalau goreng tu kenalah letak bawang sikit.huh...sedap.nak sedap lagi letak budu dengan tempoyak ke atau petai.kalau fikir pasal sedap ni. kenalah balik kampung, macam hari tu.argghh...tinggalkan jauh kenangan di kampung tu.nanti tak pasal-pasal aku merepek nak balik kampung pulak.
suasana di luar tu masih dingin lagi.dari tingkap, aku dapat melihat ribuan kenderaan yang tension terperangkap dalam kesesakan jalan raya.harap-harap petang nanti hujan dah reda.tidak nahas aku, merepek dalam keretalah jawabnya.
suasana dingin, hujan yang lebat, ruang pejabat yang gelap, suara manusia yang ketawa, kesesakan jalan raya, kenangan di kampung, lapar, kenyang, nasi, kuah kari, ikan goreng ngan bawang dan apa yang dah tak ingat aku sebut tadi.aku tinggalkan jauh-jauh dalam gumpalan awan hitam yang lalu sekejap tadi bersama-sama dengan otak aku,jiwa,perasaan aku juga dia dah bawa bersama dalam kemengantukan ini. pabila aku sedar nanti, aku turun bersama-sama air hujan yang mencurah ke bumi.dingin, sejuk, dan basah, sesejuk salju agar aku segar untuk bekerja semula.harapan aku esok mentari muncul kembali.biarkan aku tidur sekejap untuk membuai mimpi aku dalam setengah jam ini.
No comments:
Post a Comment