Monday, October 31, 2005

Menemui Laman Kampung yang Lama Kutinggalkan



Hari terakhir aku kerja dan selamat tinggal KL .

hahahaa...hari ini 31 oktober 05, aku masih lagi kerja seperti biasa.boring yang teramat sangat. sebab semua orang dah tak ada.semua kawan-kawan aku dah mula cuti.mungkin mereka dah merasa ketupat N kuih raya dekat kampung tu.pagi tadi pun tak seperti biasa jalan Kl yang terbaik hari ini sebab x jem.

semalam aku dah kemaskan barang-barang yang hendak dibawa balik kampung nanti.aku ingat kalau tak ada masalah, dalam pukul 3.00 atau 4.oo nanti aku cabut lah.panggilan aidilfitri di kampung telah lama menyapa aku supaya pulang sebagai seorang perantau yang kerdil.seorang perantau yang mencari jalan pulang ke desa yang dengan jiwa sentimental lelaki ini mengingatkan aku kembali pada zaman kanak-kanak dulu.terutama sekali ketika berpuasa dan menyambut lebaran di desa bersama-sama kelurga tercinta dan kawan yang sanggup berhujan berpanas dengan aku melastik burung, tangkap ikan,bermain biji getah dan banyak lagi kalau nak diceritakan.aku lemah dikala mengingatkan kembali kenangan yang menusuk kalbu itu.itu sudah menjadi kenangan belaka.sampai kampung nanti bolehlah aku hirup udara segar.herheheee.

tidak semena-mena jiwa aku terusik mengenangkan ayah dan mak di kampung yang semakin uzur.kadang-kadang hati kecil aku terusik mengingatkan mereka kerana seorang ibu boleh menjaga seramai mana anak-anaknya.tapi belum tentu si anak boleh membalas walaupun segemggam jasa mereka.kalau nak dituliskan di sini banyak sangatlah pulak aku nak bersedih, tapi kan hari ini aku nak balik kampung.untuk beraya bersama keluarga di desa tercinta.seingat aku sudah hampir setengah bulan dalam setahun ini aku tidak pulang ke desa.ini disebabkan tugasan dan tanggungjawab aku pada kerja dan majikan perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.sememangnya terlalu sibuk untuk diperkatakan tentang bidang penerbitan ini.hari-hari kerja berat.

apa yang aku doakan agar perjalanan aku pada hari ini berjalan dengan baik sama ada watu pergi dan balik aku nanti.tawakal pada Tuhan moga selamat perjalanan aku.amin

"Allah Maha Besar; Allah Maha Besar; Allah Maha Besar, Maha Suci Allah yang telah memudahkan ini untuk kami sedangkan kami tidak berkuasa apa-apa dan kepadaMu kami akan kembali.Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah, tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah."

yang membimbangkan aku takut berlaku jem di lebuh raya karak sebab jalan tersebut sedang dibaiki.sabar aku, janji aku sampai di kampung dengan selamat.aku harap sampai di gua musang sebelum maghrib, jadi dapatlah aku berbuka puasa dan jamak di sana nanti. insya-Allah dalam pukul 9.00 atau 10.00 sampai lah kat kampung tu.tu pun kalau berhenti rehat sekali atau dengan kelajuan 100 +.kalau drive kereta perlahan sangat nanti mengantuk...heheheee. jadi selamat hari raya aku nak ucapkan pada diri aku sendiri dan mana-mana kawan-kawan yang datang rumah aku ni.jumpa lagi selepas raya nanti.tu pun kalau rasa cuti tu aku tak sambunglah.insya-Allah.




No comments: