Thursday, October 20, 2005
Beringat-ingat Pada Diri Sendiri
Kerja seperti biasa. Tekanan membelanggu perasaan, apabila masa kian hampir melepasi kerja yang aku buat pun yang semalam, sebab kerja aku ni tak dapat disiapkan dalam masa satu hari. check e-mel kawan-kawan dan pergi memantau kejap. aku kena kontek penulis, kontek designer, kena baca teks, kena lihat ilustrasi, kena semak pms, kena mesyuarat, bengkel berminggu-minggu dan kena semak printing, filem dan sampailah buku ini di edar ke sekolah. kalau akau nak cerita memang takkan habis dalam masa satu hari. sebab aku ingat job yang aku buat pun belum habis lagi. apa nak dikata kalau aku tak siapkan buku sekolah ni, macam manalah budak-budak sekolah tu nak baca buku teks...hehehheee.
Aku dah masak sangat dengan kerja ni, sebab daripada mula aku lepas keluar univerisiti putra malaysia, 2000 - aku dah sahut cabaran dalam bidang ni sampailah sekarang. kerja macam aku ni tak kira masa. kalau nak bilang boleh balik awal macam pegawai kerajaan lain sorry...sebab nak kena kerja lebih masa, tidak job tu tak siap memandangkan dateline nya sangatlah singkat.bukan nak mengungkit dengan kerja ni, cuma nak meluahkan rasa hati aku yang terpendam ni. selama aku kerja dalam bidang editorial ini, aku memang happy sangat-sangat. sebab bidang ni telah mengajar aku banyak pengalaman yang belum tentu aku boleh dapat masa aku belajar dulu dan kalau pergi kursus mesti kena paw duit aku gila-gila. kerja dalam bidang ni, macam biasalah aku dah kira boleh pandai buat in-design, printing, photoshop, ilustrator...ahh banyak lagilah kalau nak cerita...bukan nak takburlah, tapi amin..kerja ni dah tukar aku jadi sentimental hati lelaki ini...
tapi, walau bagaimanapun raya ni aku tak nak dah raya dekat kuala lumpur ..bahaya nanti mengulupur aku dibuatnya bila dengar lagu raya. yang penting sekarang boss aku dah luluskan cuti aku tu...hahaaa
apa-apa pun tak kira apa juga bidang yang kita cebur janji rock dan kita minat...buat kerja biar sampai mati.wakakakaaa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment