Friday, October 21, 2005

Merepek dan Meracau: Catatan Kosong

assalamualaikum...hari ini merupakan suatu hari yang zazaaaaz...buat aku. ini kerana hari ini aku datang lebih awal dari rumah untuk ke tempat kerja. hujan lebat sangat-sangat. kalau keluar seperti biasa, mesti jem teruk.jadi, aku mengambil langkah yang drastik dengan keluar lebih awal, lebih awal lebih tenang otak kepala aku sebab terlepas daripada kesesakan yang teruk dalam bandar raya kuala lumpur ini.

pagi tadi aku sahur dengan bertemankan bihun goreng ringkas sahaja. bolehlah untuk alas perut saja sementara nak berbuka puasa nanti. lagi pun hari ini terlalu banyak kerja yang nak aku buat.

sampai pejabat biasalah hari ini aku orang pertama yang buka pejabat tu, sebab kawan-kawan aku belum datang lagi. apa lagi, ambil kunci dekat pak guardlah. aku ingat hari ini merupakan rekod baru aku dalam bulan ni sebab dah sampai pejabat pada pukul 6.20 pagi...hahaaa. masuk pejabat , on kan komputer dan check e-mel yang kawan-kawan yang boleh aku balas. tapi belum tentu diorang nak balas balik e-mel aku. ada sorang kawan aku tu dah lama dah tak dengar khabar sebab sebelum ini kita seringkali berbalas e-mel. aku ingat dia juga sibuk. aku ingat di sangat-sangat. pas tu sekarang ni aku tengah memain dengan blog aku ni yang memerlukan banyak lagi penambahan maklumat dan artikel aku sendiri...sebab banyak lagi nanti aku nak buat themerepek akusendiri pada yang rajin nak baca.

hari ini juga hari yang menggabrakan aku sebab ada job aku yang nak kena submited ke kementerian pelajaran malaysia. semalam job tu ada problem sikit.huh..ni yang memeningkan kepala sikit. filem maker cakap printing buku aku kena stop sebab filem warna diorang tak output...wahh ini boleh mendatangkan marah...sebab hari tu aku dah buat siap-siap dummy pada penerbit tu.nasib baik aku dah menyettelnya semalam. huh, panas.janji, job tu siap dan ada depan meja aku.tidak almampus nak kena menjawab pada boss aku nanti.aku doakan pada diriaku sendiri moga job tu siap...amin.pas tu juga nak tulis kad raya sikit pada keluarga kat kampung N pada kawan-kawan yang aku ingat dan yang mereka ingat aku jugak.

ok, sekarang aku nak buat checklist untuk kerja-kerja aku untuk hari ini.kerja mesti mengganas punya.baru boleh siap...hahahuuahahaaa.orait_mintak lalu dulu.

No comments: