Monday, November 28, 2005

...aku sibuk...yang Membataskan Segala-galanya


hari ini aku sibuk sikit N kena buat kerja lain daripada hari yang sebelumnya.tadi keluar pergi hotel sebab nak kena bincang dengan sales manager dia orang untuk bengkel pada 1 hingga 22 dis 05.biasalah aku n kawan pejabat aku drive tadilah ke hotel tu.bincang punya bincang, pening lagi ada.sebab hari tu dia cakap lain hari ni lain pulak jadinya.ada part yang dah selesai, cuma ada satu part lain aku kena suruh boss aku campur tangan pulak.dengar kata tadi boss penyelaras aku pun pening. heheeee...jadi semua hari ni pun pening dengan aku, kawan aku, dan boss p0enyelaras aku sendiri, sale tu, boss dia dan sapa-sapa yang terlibat dalam permasalahan ini.aku tak tahu...heheeee...tapi tak boleh jugak...kena ambil port jugak.pada 13 hingga 22 hb dis 05 nanti aku kena jadi urus setia pulak...babailah blog aku masa tu.


argghh...senang-senang, esok saja cerita...heheee.

semalam...hari yang memenatkan diri,otak,mata dan mulut aku


semalam...hari yang memenatkan aku. sebab semalam rumah aku kena serang dengan kawan-kawan lama aku yang tak segan silu nak buat surprise kononnya.hah...apa lagi habislah dapur rumah aku bergegar kena masak apa yang patut.nasib baik rumah aku tu ada nasi,ayam,gula,garam,kopi,teh,kerusi,meja makan,rak kasut dan macam-macam lagilah yang sememangnya dah ada kat rumah aku tuh.jadi senanglah apa yang diorang nak boleh disediakan dengan senang.malahan bilik sembahyang dan tempat melepas pun aku sediakan untuk diaorang...heheee.makanlah apa yang ada.itu saja yang boleh aku cakapkan..."ni bukan jamuan raya, tapi sekadar jumpa kawan lama dan supaya korang kenal rumah aku. lain kali boleh singgah.tu pun kalau aku rajin nak layan korang." cakap aku.hehehee...lama juga tak jumpa diorang ni.ada yang dah ada anak sorang.dua orang dan yang masih proses pun ada.apa yang aku nampak dengan mata kasar akulah.

aku ingat semua kawan-kawan aku masa belajar dulu semuanya dah kahwin.mereka pun dah ada kerja tetap.keluarga bahagia.walaupun seharian aku layan dia orang, tapi aku tetap berpuas hati sebab dia orang juga masih ingat aku.sampai malam dia orang lepak rumah aku.tak sampai hati aku nak halau dia orang tu.sebab aku tengok macam masing-masing tak nak balik je...
sebab lama tak jumpa.semalam rumah aku riuh rendahlah dengan suara orang tua yang gelak ketawa, suara aku sendiri yang tak berhenti bercakap, budak kecik yang bising sedang menyepah dan menyelerakkan barang-barang rumah aku sampai jadi macam tongkang pecah...walaupun time tu aku nak marah, tak sampai hati sebab control macho pada mak bapak dia orang, baby yang menangis mungkin nak susu atau yang dalam perut mak dia orang atau aku sendiri tak faham dia orang nak apa dan dog yang ada di sekitar rumah aku tuh yang sentiasa buat bising...dengan aktiviti kejar mengejar untuk tackle dog perempuan dan buat-buat warning bagi mangsa yang baru melalui kawasan perumahan aku.

kawasan depan rumah aku penuh dengan kereta dia orang yang parking ikut suka hati mak bapak dia orang saja.macam jalan tu dia orang yang punya.jadi, terpaksalah aku membetulkan semula kereta dia orang tu sebab menghalang kereta jiran-jiran aku tuh.nak jaga hati jiranlah katakan.lepas itu juga habis kocek aku kena sebat dengan anak-anak dia orang, sebab kena bagi duit raya...uWuwaaaaaa...sabar.sedekah sajalah.

menjelang pukul 9.00 malam, semua kawan-kawan semua balik.tak kiralah yang balik dengan kerelaan mereka atau yang aku perambat balik sebab kedai nak ditutup.esok kerja.sesudah mandi, dalam pukul 10.30 malam lampu rumah aku padam.seketika untuk aku berehat, tidur,mimpi,mengelamun, fikir hal kerja esoknya dan yang penting sekali nak jawab pada boss aku kenapa tak datang open house rumah dia semalam...mampos aku.dah dia bagi kad jemputan lagi.ni yang jadi seram sejuk aku jadinya.

jadi aku belah dulu sebab nak buat kerja dan dengan muka Rm0.20 nak jumpa boss aku untuk minta maaf sebab tak datang rumah dia semalam.pada kawan-kawan dan anak-anak dia orang, terima kasih sebab ingat dan datang rumah aku, walaupun mungkin aku dah lupa korang sekejap dalam kesibukan tugas seharian aku di dunia ini.pada jiran yang jauh, jiran yang sebelah rumah,yang dekat dan dog...terima kasih sebab faham perasaan aku dan bagi muka pada aku semalam, hari ini dan selama-lamanya.pada jiran sebelah harap maaf sebab aku tak panggil korang datang rumah aku dan aku bagi makanan tu pada korang lewat semalam.sebab kalau aku panggil pun mungkin korang tak berani masuk dalam rumah aku yang riuh rendah dengan suara, tangisan, bising dan rumah aku yang time tu yang bersepah gile.malu aku juga.sekarang aku nak buat kerja...boss pun tak ada, cuti.letih open house rumah dia tuh.esok saja aku jumpa dia.selamat aku.

cerita ini berkaitan dengan kawan-kawan aku saja.tidak ada kena-mengena dengan yang sesiapa yang tak datang rumah aku semalam.pada yang kena, jangan ambil hati.sebab aku nak rakam ingatan dan time sejarah aku ni dalam blog aku yang sentiasa theMerepek...akuSendiri ini.sapa nak baca-bacalah.tak nak baca, aku tak marah.sebab aku percaya pada diri aku sendiri, apa yang aku buat theBest,mungkin aku sendiri tak faham,merepek,tengah makan kerepek dan ntah apa-apa ntah...

Friday, November 25, 2005

Kelakar dan Mengkelakarkan





Hari ni aku dah ada kat pejabat.setelah empat hari jenuh aku bertemankan boring...duduk kat hotel tuh.aku jadi urusetia untuk bengkel tersebut.jadi apa nak dikata, duduklah kat situ sambil aku buat kerja pejabat yang aku bawa ke sana...dah habis dah pasal bengkel tu...biasalah pagi tadi aku lewat sikit pejabat..terlewat bangun...sampai pejabat check e-mel dan blog aku yang ditinggalkan 4 hari lepas.

ada satu benda yang aku paling kelakar hari ni masa aku pergi jamuan raya yang tak pernah aku rasa semacam ni dalam hidup aku...heheeee.apa taknya makanannya hanya lauk saja tanpa nasi N lain-lain.kita orang tunggu punya tunggu dekat setengah jam, nasi tak sampai-sampai.jadi kami belasahlah lauk ikan sembilan yang dihidangkan di situ...tanpa makan nasi.kami bernasib baik sebab ada sate.tu pun sate sekelip mata saja kena sebat.nasiblah sapa-sapa yang tak dapat.ada yang makan telur masin saja...kahkahahaha...niat hari ni nak bajet tak kesampaian sebab lepas tu kami ramai-ramai serang kedai mamak dekat pinggir jalan tuh.hari ini dalam sejarah dalam hidup aku sebab pergi jamuan raya makan lauk ikan sembilan saja.terlebih dahulu aku mak minta maaf pada sapa-sapa yang terasa dengan cerita kelakar yang tak kelakar sangat daripada aku nih.pada tuan rumah tu, jangan marah dan cuba lagi buat jamuan hari raya untuk tahun depan.insya-Allah, kalau jemput aku lagi, aku ingat nak bawak nasi sendiri.lauk korang sediakan...heheeee.rasa perut aku ni semacam je...sebab tadi makan lauk jas's.

anggaplah ini dugaan Allah buat aku, kawan-kawan aku, orang yang dijemput, tukang masak, orang-orang kehormat, tuan rumah dan sapa-sapa yang kena makan lauk saja ngan muka boring bersama-sama ngan aku tadi yang tak sempat aku catat nama korang tadi...heeehehee.. anggaplah kita orang yang teruji...orang yang diuji saja yang disayangiNya dan hanya yang sabar dan berserah kepadaNya sahaja akan mendapat rahmat daripadaNya.sekian.

Friday, November 18, 2005

Itulah yang Bernama Aku

hari ini aku masih lagi di sini...

hari ini aku masih lagi di sini. pejabat.esok seperti biasalah cuti sabtu N ahad.minggu depan aku tak ada di pejabat sebab menghadiri mesyuarat/bengkel di eastin hotel, petalingjaya.jadi sepanjang aku tiada dalam pejabat bermula 21 - 24 november 05, kena almaklumlah aku tak boleh nak update aku punya blog aku nih.
kalau panjang umur aku akan tambah lagi maklumat terkini dalam blog aku nih.biasalah dalam bulan ini memang sibuk dengan tugasan dan kursus yang bakal aku hadiri atau kena suruh pergi oleh pentadbiran.tu pun kalau aku kena pergilah.kalau tak pergi mana-mana, aku ingat aku dok kat pejabat sajalah.buat kerja harian seperti biasa.
hari ini aku terpaksa buat balik kerja yang tertangguh di pejabat hari ini untuk disiapkan di rumah pada hari minggu nanti.tu pun kalau aku ada mood nak buat dekat rumah.hari minggu pun satu hal, banyak nak kena pergi open house hari raya saudara sedarat aku dan kawan-kawan yang rajin nak jemput aku tuh.pening jugak kepala, rumah sapa nak pergi dulu...heheee.nampaknya hari minggu ni, jimatlah poket aku.jimat ke bendanye..nak tuang minyak kereta pulak.pas tu kena bagi duit raya pada anak buah aku yang baru kenal dunia tu jugak dan yang mungkin baru pertama kali sambut hari raya di dunia tahun ini (sebelum ini dalam perut mak diorang kot).cihh..kalau fikir, minyak lagi mahal sekarang nih. heeeee..geram aku.
sabar je lah aku.ini semua dunia punya pasal.kalau aku ada masa terluang nanti aku akan balik pejabat untuk check blog dengan e-mel aku.nanti aku balas e-mel korang. pada kawan-kawan
e-mel, harap maap aku tak ada dua tiga hari ini.kerja berattttt..
selamat berhari minggu/bercuti pada kawan-kawan yang aku kenal N yang tak kenal, belum kenal, yang sesat, saja-saja buat sesat...dalam blogspot aku nih.arghhh...sapa-sapa sajalah.jangan lupa pergi surau dekat rumah korang, jangan nak enjoy saja.siapa yang salah gunakan masa yang ada, dialah orang yang rugi.heheheeee...

Thursday, November 17, 2005

untukmu sayang

keindahan pelangi adalah
keindahan wajahmu sayang
yang sering bermain di mata
hatiku ini

keharuman bunga kasihku
hanyalah untukmu sayang
bagaikan pantai dan lautan
takkan terpisah
kasih sayangku ini
hanyalah untukmu

kutelah berjanji
kaulah yang satu
dalam hati ini
untuk selamanya
oh...sayang

oh..uwooo...
untukmu sayang

...untukmu sayang
amuk

lagu ini aku tujukan pada mereka yang aku sayang.tak kiralah kalau aku dah sayang masa dulu-dulu, orang pertama kali aku jumpa dalam hati ini, kepada ibu bapa aku, kepada yang baru kenal dunia ini, adik-beradik, orang yang kelmarin, semalam, dan yang hari ini baru aku sayang dia atau baru jumpa dia.mungkin secara tak sengaja, sengaja dan saja-saja.heheeee...i still love you forever...

Wednesday, November 16, 2005

argghhh...sejuk

hari ini adalah hari yang betul-betul sejuk kat pejabat aku.di luar tu, hujan masih tak berhenti-henti turun menyembah bumi.gumpalan awan hitam terus berarak laju yang menandakan hari ini hujan akan turun lebat di kuala lumpur.apa yang pasti, hari ini juga kesesakan jalan raya pasti akan berlaku.

aku bertemankan lagu untukmu sayang nyanyian kumpulan amuk melewati kesejukan dalam pejabat ini dalam pukul 1.00 tengah hari.waktu rehat.aku sedar, hari ini sudah rabu(16 november 2005).banyak lagi kerja yang belum aku selesaikan.kerja ini perlu diselesaikan dalam dua tiga hari ini.minggu depan aku tak ada di pejabat kerana menjadi urus setia untuk bengkel buku KBSR selama seminggu. rasa badan macam nak demam.arggh...balik rumah telan ubat saja.selesai masalah.waktu ini semua lampu bahagian aku dipadamkan untuk menjimatkan elektriklah katakan.sesekali aku dalam waktu aku merepek ini, aku pandang kanan dan pandang kiri seekor pun manusia aku tak nampak.sebab diorang semua berbengkel.

hari ini perut aku berkeroncong sangat-sangat.dahlah pagi-pagi lagi sudah melepaskan hajat dekat mangkuk kecil di pejabat tadi.aku pun tak tahu dari pukul 11.00 pagi tadi lagi dia dah meragam.semacam merintih-rintih dan merayu-rayu aku supaya ke kantin di tingkat lima tu.kelaparan aku ini tak terbendung lagi, tidak tergambar dengan kata-kata.uuuhh...apa nak dikata.macam monkey dalam iklan tv masa aku kecil-kecil dulu "dah empat hari saya tak makan. tolonglah beri saya makan".aku ingat lagi iklan tu. apa lagi, aku bagi dia nasi putih kuah kari dan kawan dia ikan kukus goreng.ikan ni kegemaran aku sejak kecil lagi.kalau goreng tu kenalah letak bawang sikit.huh...sedap.nak sedap lagi letak budu dengan tempoyak ke atau petai.kalau fikir pasal sedap ni. kenalah balik kampung, macam hari tu.argghh...tinggalkan jauh kenangan di kampung tu.nanti tak pasal-pasal aku merepek nak balik kampung pulak.

suasana di luar tu masih dingin lagi.dari tingkap, aku dapat melihat ribuan kenderaan yang tension terperangkap dalam kesesakan jalan raya.harap-harap petang nanti hujan dah reda.tidak nahas aku, merepek dalam keretalah jawabnya.

suasana dingin, hujan yang lebat, ruang pejabat yang gelap, suara manusia yang ketawa, kesesakan jalan raya, kenangan di kampung, lapar, kenyang, nasi, kuah kari, ikan goreng ngan bawang dan apa yang dah tak ingat aku sebut tadi.aku tinggalkan jauh-jauh dalam gumpalan awan hitam yang lalu sekejap tadi bersama-sama dengan otak aku,jiwa,perasaan aku juga dia dah bawa bersama dalam kemengantukan ini. pabila aku sedar nanti, aku turun bersama-sama air hujan yang mencurah ke bumi.dingin, sejuk, dan basah, sesejuk salju agar aku segar untuk bekerja semula.harapan aku esok mentari muncul kembali.biarkan aku tidur sekejap untuk membuai mimpi aku dalam setengah jam ini.

Tuesday, November 15, 2005

itulah aku

kau rasa gembira
sebab kata-kataku memuji dirimu
di saat engkau kenali aku
di waktu itu
itulah aku

kau rasa hari yang dilalui
penuh dengan suka duka
tiada ruang kosong dalam benak fikiranmu
kerana aku masih bersamamu
pada saat itu
kau masih kenali aku
mungkin
itulah aku

pada pertemuan yang lalu
katamu tak terduga mengenali aku
dalam kekalutan masa
muncul aku dalam bayangan hidupmu
terlontar aku
sesat dalam perhitungan cintamu
walaupun aku lari daripada mengingatimu dalam perjalanan ini
yang diciptakan sendiri
dalam kamus hidup
itulah aku

sering kali
aku menuntut hakku
...merinduimu
...mencintaimu
...menyayangimu
...mendekatimu
permaisuri hati ini
dalam menampal tebing kota yang rapuh
itulah aku


arggahhh...

kini

itulah aku

aku yang selalu merepek
merepek macam kerepek pisang
kerepek pisang yang lazat
sebelum masuk angin
yang banyak terdapat di pasar-pasar
di hujung kampung kita
di lorong-lorong sempit
mahupun warung-warung yang selalu dihinggap debu jalanan
...lalat hijau
...cengkerik, cengkerang, congkak, cerek, cicak, mahupun cicak kubing
walaupun tak sehijau mangkuk tandas
di sini aku merepek
di tempat kerjaku ini
masa boss aku tak tahu
kalau dia tahu mampus aku

masa itu
otak kelu, bisu, dan tidak berfungsi seperti lazimnya
itulah aku
yang tak tahu lagi nak merepek
tika suatu cahaya melintasi mejaku
cahaya yang kecil, hampir tidak nampak pada pandanganku
itulah cahaya...
cahaya kerepek pisangku yang terakhir...
yang terpaksa dibuang pergi
kerana
dah masuk angin....

Friday, November 11, 2005

KL -aku datang lagi

alhamdulillah...aku dah mula kerja semula

huh, letih setelah penat balik kampung.hari ini aku dah mula masuk kerja selepas bercuti panjang sempena hari raya 2005.biasalah aku sampai pada hari rabu pada pukul 12.30 malam setelah berhempas pulas drive kereta dari kampung ke KL.huh, letih yang teramat sangat.apa nak dikata dah kampung jauh heheee.


biasalah perangai aku bila dah duduk kampung tu bukan main susah nak datang kl balik. hiee, kalau tak fikirkan kerja dan tanggungjawab aku.rasanya dah malas nak datang kl lagi.kalau fikirkan kl N kampung banyak perbezaannya. susah juga masing-masing ada kelebihan tersendiri.kalau tinggal di kampung huh, tenang, udara segar, otak aku pun sentiasa relax saja.tapi tak mungkin boleh hidup cam tu sebab kita ada tugas masing-masing.

ahhaaa...tinggalkan kenangan dekat kampung seminggu yang lalu...jauh-jauh.agar diri aku kuat kembali untuk meneruskan kehidupan di kl ini.hari ini masuk kerja. kawan-kawan pejabat pun ramai lagi yang masih bercuti panjang.oohh..korang cuti melampau eekk.nanti balik pejabat baru kau orang semua tahu, kerja dah bertimbung dah nie.semalam dan hari ini, perut aku meragam sikit. sebab belasah kuih raya, tapai, N banyak lagi benda yang aku makan masa kat kampung hari tu.hah sekanrang ini dia memulas lagi.aku x tahu nak buat apa lagi.semalam aku pergi buat mykad. huh, ramai betul orang dekat jpn. jenuh aku menunggu. giliran yang ke -150. nasib baik aku sabar. Oooo, kalau paksa aku pergi lagi, sori lah.

esok atau lusa mungkin aku ada jemputan rumah terbuka. yang tertutup cuma rumah aku saja, heheee.hari ini aku check e-mel, adalah jugak kawan yang ingat pada aku.jadi aku balaslah apa yang patut aku balas. kad raya pun adalah dua tiga keping atas meja daripada kawan lama aku dulu yang aku lupa nak hantar kad raya pada mereka.heheee, malu aku. nasib baik mereka ingat aku lagi.

memandangkan hari ini aku baru masuk kerja, jadi banyaklah sikit kerja yang tertangguh tu kena aku perabihkan.check list kena buat semula.jadi aku kena buat kerja dulu.permudahkan urusan aku untuk hari ini dan selama-lamanya.amin...