Monday, December 05, 2005

Mungkin ini Suatu Cubaan


Ujian Tuhan buat hambanya...pagi ini hujan sangat lebat.aku sedar dalam pukul 5.00 pagi tadi, hujan mula turun dengan lebatnya.aku bangun pukul 6 lebih pun hujan masih lagi belum berhenti.hari ini aku keluar dari rumah pukul 7.14 sebab hujan lebat. hari ini datang pejabat dengan moto.

tengah-tengah nak cepat. aku pakai baju hujan dan tutup gate yang siot...melambatkan aku sebab kunci pagar tak boleh.baju aku basah.pas tu aku bawak moto dengan laju, sampai satu selekoh aku brek tiba-tiba sebab ada sebuah kereta lalu dengan lajunya.dengan tidak disengajakan kaki aku terkena besi tempat kaki pada moto aku.adduuuuiii...sakit gile.tak tergambar masa tu kesakitan kaki aku tu. sebab besi tu kena tulang betis aku.aku ingat dah nak mc sahaja hari ini.nasib baik semangat aku kuat untuk datang pejabat.kena datang pejabat sebab kerja terlalu banyak.sampai di highway uhhh...jalam jem gila.kereta bersusun-susun.
aku sampai pejabat lewat 7.50 pagi, tapi nasib baik masih dalam waktu aku patut masuk lagi.sampai pejabat...baju basah, seluar besar, seluar kecik pun basah, kasut basah dan boleh dikatakan hampir semuanya basah.selak kaki seluar tengok darah...keluar daripada luka kaki aku yang kena besi tu.nasib baik tak banyak, tapi kaki aku masa tu...bengkak.adduuiiii...tahan sajalah.sapa suruh aku naik moto laju sangat?heheheee.sendiri buat sendiri tanggung.

sekarang duduk dalam pejabat.bukak kasut.suruh stokin kering, pas tu kasut juga kering.baju aku dah kering sebab duduk tempat sejuk.sekarang juga tengah tahan sejuk dan kuatkan semangat untuk buat kerja.jadi, iktibarnya...jangan naik moto laju waktu hujan buat diri aku.berhati-hati di jalan raya dan kena sabar.bawalah kereta anda, biar lambat asal selamat.semangat kena kuat.W

gambar tu ...theMerepek tengah buat kerja...kaki sakit, sejuk,stokin basah,kasut basah,baju basah,seluar kecik + besar basah...control buat-buat tak ada apa yang berlaku...hehehee...

No comments: