Tuesday, December 06, 2005

Bekas Tangan


cover buku yang pernah aku buat.

buku ini banyak mengajar aku tentang kesabaran.mana taknya sebab jadual penerbitannya terlalu singkat.kalau nak ikutkan jadual hanya 6 bulan sahaja.berkejarlah aku ke sana ke mari untuk mendapatkan bahan termasuklah gambar foto dan bahan penulisan daripada penulis aku.ada tempat yang aku pergi ambil gambar foto tentang pertanian hidroponik seperti di cameron highlands dalam masa sehari sahaja.itu pun setelah mendapat pelepasan dan kebenaran daripada pihak yang berkaitan.antara tempat yang aku pernah pergi untuk mendapatkan gambar foto dan bahan adalah seperti MARDI serdang,MARDI langkawi, jabatan pertanian cameron highlands,jabatan pertanian daerah sepri (tampin),jabatan pertanian tampin,jabatan pertanian negeri sembilan,nafas jentera sdn. bhd.,vita agrotech sdn.bhd.,upm,sek.men.teknik dato'lela maharaja,rembau dan sek.men teknik langkawi,kedah.banyak pengalaman yang aku kutip daripada penerbitan buku ini.pengalaman ini bukan senang untuk diperoleh dengan melalui pembacaan umum saja.kita perlu terokai dunia pertanian ini sendiri.minat itu perlu ada, tapi minat juga akan datang apabila kita sudah mula berjinak-jinak tentang sesuatu bidang yang dipertanggungjawabkan kepada kita.kesemua ini berlaku dalam masa yang singkat kerana dengan bantuan dan sokongan daripada pelbagai pihak dapat mempercepatkan lagi penerbitan buku ini.

buku ini telah melalui pelbagai mesyuarat peningkatan mutu dan penilaian semula oleh pakar yang berpengalaman daripada serata pelusuk tanah air dipanggil untuk bersama-sama meningkatkan mutu buku ini.kami berbengkel berminggu-minggu untuk menerbitkan sebuah buku yang bermutu agar dapat digunakan di sekolah teknik yang terpilih di Malaysia.penulisnya terdiri daripada guru yang profesional dan telah berpengalaman mengajar berpuluh tahun dalam bidang ini akan menjanjikan terbitnya sebuah buku yang bermutu.insya-Allah.terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung atau sebaliknya membantu aku dalam menyiapkan buku ini.W

No comments: