Wednesday, December 21, 2005

Ketandusan dan Buntu Akal

Belum Tentu Apa yang Dilakukan itu Salah dan Betul

Pagi ini, semalam, dan kelmarin, aku tak ada idea.itulah sebab beberapa hari ni aku tak masukkan artikel aku yang terbaru.kepala aku pun dah penuh dengan tugasan yang patut aku siapkan seawal menjelangnya tahun baru 2006 ini.

12-13/12/05 hari tu aku kena pergi kursus indesign dekat cosmopoint, petalingjaya tu. kalau ikutkan 14-23/12/05 aku kena pergi bengkel dekat hotel depalma, ampang. tapi, nasib baiklah boss suruh aku balik pejabat. sebab kawan aku kena gantikan aku segera. aku kena submit job yang nak hantar pada kpm 3/1/06 ini.

tapi, pada 24-27/12/05, aku terpaksa keluar pejabat sekali lagi sebab kena hadiri bengkel dekat Royal, Bukit Bintang. tu pun kena jadi urus setia pada bengkel tersebut.harap-harap ada orang lain ganti lagi.kalau tak susahlah sikit nak buat kerja pejabat ni dekat hotel tu. lagi pun nak kena berulang alik dari hotel ke pejabat la pulak. dahlah sekarang ni musim hujan di KL ni.minyak mahal wOoo...

nampaknya 25 hb bulan ni krismas...tapi aku ingat aku kena kerja jugak lah. sebab bertugas dekat hotel tu.awal tahun depan terlalu banyak cuti yang ada.cuti raya korban, mungkin aku nak balik kampung. sebab mak N ayah aku dah bagi warning, raya ni kena balik jugak sebab semua adik- beradik aku akan berkumpul semuanya.kalau tak balik, alamatnya sedihlah orang tua aku. cuti pun satu hari jee...kenalah mintak lebih sikit (mungkin tiga empat hari) baru puas hati sikit dan hilang penat drive balik kampung tu.harap-harap permohonan cuti nanti boss aku luluskan.memandangkan time tu semua job aku dah di submit, jadi selesalah sikit aku nak cuti ke, nak balik kampung ke, tapi tak tahulah sebab takut ada nanti job baru masuk pulak. terima sajalah.dekat kampung tu biasalah, tahun ni mak N ayah cakap dia nak korbankan seekor lembu untuk keluarga aku, tu pun kalau jadi dan semua baliklah.

dah...sekarang pun sudah pukul 8.00 a.m. time kerja. boss aku tak ada hari ini. ke sabah, hadiri taklimat ISO katanya. walaupun dia tak ada, aku kenalah jujur dan perabihkan kerja aku ni...sebelum dia balik pejabat nanti. janji laporan pada boss aku nanti baik dan tak sakitkan telinga dia.aku belah sekarang.

Thursday, December 08, 2005

ku ciptakan sendiri untuk diri aku

sajak yang aku buat sempena perjumpaan anak-anak kelantan di perantauan.sempena dengan perjumpaan dan majlis ramah mesra.sajak versi kelantan pada 11 disember 05, bertempat di glamerie shah alam, selangor.


KITO OGHE KELATE

ambo saye ko kelate
sebak ambo ning oghe kelate
hati ambo,perasee ambo jiwo ambo
semo dok di negeri kelate
tok jejah pong bia dok tepak oghe

ambo kena demo
sebak apo hok adow dale hati ambo
adow jugok dale hati demo

dok tepak oghe cari make
celik mato pagi g kijo
tutuk mato khemah kejik tido male
mipi tok se kaca
sebak takuk esok ngatuk
ambik MC
susoh ko oghe rama'

tanggungjawak tu pado negaro tu peting
adow sok mo dale dadow
tok jejah pong wala sapa bilo-bilo
dale tubuh kito adow so semangak
hok oghe lain tak dok
satu titik hok tok nenek kito buwi mulo
tu lah sajo sakkow hok dio tingga
oghe kelate ni beraghani
pah tu gak suko meranta gi tempak oghe
buke sajo baik budi
tapi rajin chari make
pah tu pakak wak balik rezeki tepak kito

kito oghe kelate
keno pakak tulung samo kito
bia tok kena pong tak pow
susoh sene
make tok make
kito samo-samo raso
setiak perjumpooe kito keno adow
baghu kemah kejik puok kito

kito oghe kelate
keno besatu jange pecoh beloh
pakak maju negeri kito
sebak oghe lamo hok adow doh tuh
lamo doh tak dok
pakak gi tanoh meroh
nati tingga kito
keno bawok cabare
berak mato mmande
berak lagi bahu mikkul
demi anok bangso.

tokepook
8/12/05, khamis pukul 1.55 tgh

Wednesday, December 07, 2005

keluaran mulai tahun 2006


ini buku akan terbit pada tahun 2006 yang telah siap dicetak dan sedia diedarkan di sekolah.yeeehaaa...buku inilah job aku tahun lepas...hehehee.

Tuesday, December 06, 2005

Bekas Tangan


cover buku yang pernah aku buat.

buku ini banyak mengajar aku tentang kesabaran.mana taknya sebab jadual penerbitannya terlalu singkat.kalau nak ikutkan jadual hanya 6 bulan sahaja.berkejarlah aku ke sana ke mari untuk mendapatkan bahan termasuklah gambar foto dan bahan penulisan daripada penulis aku.ada tempat yang aku pergi ambil gambar foto tentang pertanian hidroponik seperti di cameron highlands dalam masa sehari sahaja.itu pun setelah mendapat pelepasan dan kebenaran daripada pihak yang berkaitan.antara tempat yang aku pernah pergi untuk mendapatkan gambar foto dan bahan adalah seperti MARDI serdang,MARDI langkawi, jabatan pertanian cameron highlands,jabatan pertanian daerah sepri (tampin),jabatan pertanian tampin,jabatan pertanian negeri sembilan,nafas jentera sdn. bhd.,vita agrotech sdn.bhd.,upm,sek.men.teknik dato'lela maharaja,rembau dan sek.men teknik langkawi,kedah.banyak pengalaman yang aku kutip daripada penerbitan buku ini.pengalaman ini bukan senang untuk diperoleh dengan melalui pembacaan umum saja.kita perlu terokai dunia pertanian ini sendiri.minat itu perlu ada, tapi minat juga akan datang apabila kita sudah mula berjinak-jinak tentang sesuatu bidang yang dipertanggungjawabkan kepada kita.kesemua ini berlaku dalam masa yang singkat kerana dengan bantuan dan sokongan daripada pelbagai pihak dapat mempercepatkan lagi penerbitan buku ini.

buku ini telah melalui pelbagai mesyuarat peningkatan mutu dan penilaian semula oleh pakar yang berpengalaman daripada serata pelusuk tanah air dipanggil untuk bersama-sama meningkatkan mutu buku ini.kami berbengkel berminggu-minggu untuk menerbitkan sebuah buku yang bermutu agar dapat digunakan di sekolah teknik yang terpilih di Malaysia.penulisnya terdiri daripada guru yang profesional dan telah berpengalaman mengajar berpuluh tahun dalam bidang ini akan menjanjikan terbitnya sebuah buku yang bermutu.insya-Allah.terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung atau sebaliknya membantu aku dalam menyiapkan buku ini.W

Monday, December 05, 2005

Mungkin ini Suatu Cubaan


Ujian Tuhan buat hambanya...pagi ini hujan sangat lebat.aku sedar dalam pukul 5.00 pagi tadi, hujan mula turun dengan lebatnya.aku bangun pukul 6 lebih pun hujan masih lagi belum berhenti.hari ini aku keluar dari rumah pukul 7.14 sebab hujan lebat. hari ini datang pejabat dengan moto.

tengah-tengah nak cepat. aku pakai baju hujan dan tutup gate yang siot...melambatkan aku sebab kunci pagar tak boleh.baju aku basah.pas tu aku bawak moto dengan laju, sampai satu selekoh aku brek tiba-tiba sebab ada sebuah kereta lalu dengan lajunya.dengan tidak disengajakan kaki aku terkena besi tempat kaki pada moto aku.adduuuuiii...sakit gile.tak tergambar masa tu kesakitan kaki aku tu. sebab besi tu kena tulang betis aku.aku ingat dah nak mc sahaja hari ini.nasib baik semangat aku kuat untuk datang pejabat.kena datang pejabat sebab kerja terlalu banyak.sampai di highway uhhh...jalam jem gila.kereta bersusun-susun.
aku sampai pejabat lewat 7.50 pagi, tapi nasib baik masih dalam waktu aku patut masuk lagi.sampai pejabat...baju basah, seluar besar, seluar kecik pun basah, kasut basah dan boleh dikatakan hampir semuanya basah.selak kaki seluar tengok darah...keluar daripada luka kaki aku yang kena besi tu.nasib baik tak banyak, tapi kaki aku masa tu...bengkak.adduuiiii...tahan sajalah.sapa suruh aku naik moto laju sangat?heheheee.sendiri buat sendiri tanggung.

sekarang duduk dalam pejabat.bukak kasut.suruh stokin kering, pas tu kasut juga kering.baju aku dah kering sebab duduk tempat sejuk.sekarang juga tengah tahan sejuk dan kuatkan semangat untuk buat kerja.jadi, iktibarnya...jangan naik moto laju waktu hujan buat diri aku.berhati-hati di jalan raya dan kena sabar.bawalah kereta anda, biar lambat asal selamat.semangat kena kuat.W

gambar tu ...theMerepek tengah buat kerja...kaki sakit, sejuk,stokin basah,kasut basah,baju basah,seluar kecik + besar basah...control buat-buat tak ada apa yang berlaku...hehehee...

Mimpi yang Panjang











MIMPI YANG PANJANG

katakan pada aku
ia hanya sebuah mimpi
pelabuhan yang dituju
telah hampir
aku temui

entah bagaimana
bila tanah daratnya
tiba-tiba bergerak, berlari
seolah tiada esoknya lagi
dalam sebuah mimpi
gelap pekat malam

aku rela ia pergi
walau esok
aku tetap berlari
lalui jalan ini
walau masa belum berganti

engkaukah itu
yang memanggil
atau aku yang menggigil
berdepan denganNya
bila ketika itu tiba
hahkikat duniawi

atas desakan waktu itu
menjadi suatu yang perlu
tanpa menitiskan air mata
dikala jawapan perlu diburu
seusia kita di sini

milik siapakah suara itu
bagai halilintar
mengejar pelangi petang
yang hilang sebalik awan nan berlalu
dalam mimpi semalam

mimpi itu
sebuah mimpi tidur
jangan hentikan lagi
melakar coretan cerita itu
pada penghujung malam yang panjang
sebelum fajar menyinsing
berlalu
tanpa janji kan bertemu

mimpi itu
mainan otak yang berputar
sewaktu jasad berlari
mengingati waktu
perjalanan diri sehari