Monday, October 31, 2005

Menemui Laman Kampung yang Lama Kutinggalkan



Hari terakhir aku kerja dan selamat tinggal KL .

hahahaa...hari ini 31 oktober 05, aku masih lagi kerja seperti biasa.boring yang teramat sangat. sebab semua orang dah tak ada.semua kawan-kawan aku dah mula cuti.mungkin mereka dah merasa ketupat N kuih raya dekat kampung tu.pagi tadi pun tak seperti biasa jalan Kl yang terbaik hari ini sebab x jem.

semalam aku dah kemaskan barang-barang yang hendak dibawa balik kampung nanti.aku ingat kalau tak ada masalah, dalam pukul 3.00 atau 4.oo nanti aku cabut lah.panggilan aidilfitri di kampung telah lama menyapa aku supaya pulang sebagai seorang perantau yang kerdil.seorang perantau yang mencari jalan pulang ke desa yang dengan jiwa sentimental lelaki ini mengingatkan aku kembali pada zaman kanak-kanak dulu.terutama sekali ketika berpuasa dan menyambut lebaran di desa bersama-sama kelurga tercinta dan kawan yang sanggup berhujan berpanas dengan aku melastik burung, tangkap ikan,bermain biji getah dan banyak lagi kalau nak diceritakan.aku lemah dikala mengingatkan kembali kenangan yang menusuk kalbu itu.itu sudah menjadi kenangan belaka.sampai kampung nanti bolehlah aku hirup udara segar.herheheee.

tidak semena-mena jiwa aku terusik mengenangkan ayah dan mak di kampung yang semakin uzur.kadang-kadang hati kecil aku terusik mengingatkan mereka kerana seorang ibu boleh menjaga seramai mana anak-anaknya.tapi belum tentu si anak boleh membalas walaupun segemggam jasa mereka.kalau nak dituliskan di sini banyak sangatlah pulak aku nak bersedih, tapi kan hari ini aku nak balik kampung.untuk beraya bersama keluarga di desa tercinta.seingat aku sudah hampir setengah bulan dalam setahun ini aku tidak pulang ke desa.ini disebabkan tugasan dan tanggungjawab aku pada kerja dan majikan perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.sememangnya terlalu sibuk untuk diperkatakan tentang bidang penerbitan ini.hari-hari kerja berat.

apa yang aku doakan agar perjalanan aku pada hari ini berjalan dengan baik sama ada watu pergi dan balik aku nanti.tawakal pada Tuhan moga selamat perjalanan aku.amin

"Allah Maha Besar; Allah Maha Besar; Allah Maha Besar, Maha Suci Allah yang telah memudahkan ini untuk kami sedangkan kami tidak berkuasa apa-apa dan kepadaMu kami akan kembali.Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah, tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah."

yang membimbangkan aku takut berlaku jem di lebuh raya karak sebab jalan tersebut sedang dibaiki.sabar aku, janji aku sampai di kampung dengan selamat.aku harap sampai di gua musang sebelum maghrib, jadi dapatlah aku berbuka puasa dan jamak di sana nanti. insya-Allah dalam pukul 9.00 atau 10.00 sampai lah kat kampung tu.tu pun kalau berhenti rehat sekali atau dengan kelajuan 100 +.kalau drive kereta perlahan sangat nanti mengantuk...heheheee. jadi selamat hari raya aku nak ucapkan pada diri aku sendiri dan mana-mana kawan-kawan yang datang rumah aku ni.jumpa lagi selepas raya nanti.tu pun kalau rasa cuti tu aku tak sambunglah.insya-Allah.




Tuesday, October 25, 2005

merepek- beruntung benar ku jadi anok kelate


Beruntung Benar Ku Jadi Anok Kelate
LAGU : Beruntung benar ku jadi anok kelate

Lirik : Halim Yazid

Beruntung benar ku jadi anok kelate
Tepat melayu rama ore tino come-come
Hute belana buleh pakak tebe
Dale-dale sunga pon banyok lagi ike
Dudok tok takut
Kito tok baloh
Pitih pong cukup
Bare-bare muroh
Nati ko ngantuk
Male bule ceroh
Main daun terup
Takdop sapo nok maroh

Mari-mari kito pakat wak kijo
Bersatu hati tok kiro tuo mudo
Biar negeri kito kayo rayo
Nikmat Tuhe buwi kito jange lupo[End Chorus]
Ado kijo bende
Ado tane tebaka
Kelaut mukat ike
Tok peraih atah keda
Noreh getoh ore
Adow cikgu kerani pegawa
Rakyat cari make
Takdop lagi hok lapa
Tanoh banyok lagi lik gua muse
Kito tok tomok bagi sikit sore
Hasil lemboh padi tanoh hute
Buwi ko anok cucu maso depe
Sebungkuh nasi belauk
Ter rokok segerik
Baru sedap duduk
Kenye sepagi terik
Herek anok berok
Paka baju carik
Kain kilah rusuk
Basikal takdop brek

Pohon kayu kaye
Tumbuh hidup sega
Duku mokter derie
Woh khedah jerin peta
Tembesu lembe mede
Uh khandik jati cengal
Akar buluh rote
Ambiklah pakak jual
Beruntung bena ku jadi anok kelate
Juruh peranga rama ore saye
Sudah terkenal sapa ko negeri ore
Cari pitih panda kito tok suko berute
Napok comel benar maso naik kapa terbeLekok-lekok sunga ado bukit tanoh lape
Bumi tok cemar hok kito rakyat kelate
Biarlah kekal semangat Siti Wan Kembe

lamo doh tok denga lagu dikir barat kelate. masa belaja universiti mulo ambo adola masuk kelab dikir barat kijang emas upm denge saing2 hok mano ado (1997 - 2000) tuh.pernoh jadi juara antara universiti tuh.semuo tuh jadi ingate dale diri ambo.

Monday, October 24, 2005

doa harian

.Doa waktu pagi
Ya Allah! Kerana Engkau kami mengalami waktu pagi dan petang. Dan kerana Engkau kami hidup dan mati dan kepadaMu jua kami akan kembali.

.
Doa waktu petang
Ya Allah! Kerana Engkau kami mengalami waktu petang dan pagi. Dan kerana Engkau kami hidup dan mati dan kepadaMu jua kami akan kembali.

.
Doa sebelum makan
Ya Allah, berilah baraqah kepada kami tentang apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jagalah kami dari api neraka.

.
Doa ketika lupa membaca bismillah
Dengan nama Allah dari permulaan sampai penghabisannya.

.
Doa selepas makan
Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan dan memberi minum kepada kami dan menjadikan kami sebagai orang Islam.

.
Doa kepada orang yang menyediakan makanan
Ya Allah, berilah baraqah kepada mereka dalam apa-apa yang Engkau rezekikan kepada mereka, ampunilah mereka dan rahmatilah mereka itu.

.
Doa kepada orang yang memberi minuman
Ya Allah, berilah makan kepada orang yang memberi makan kepadaku dan berilah minum kepada orang yang memberi minum kepadaku.

.
Doa memohon empat jenis kebaikan
Ya Allah, limpah ruahkanlah aku dengan ilmu pengetahuan dan indahkanlah aku dengan sifat lapang dada, dan muliakanlah aku dengan ketaqwaan serta baguskanlah aku dengan sihat walafiat.

.
Doa keindahan budi
Segala puji bagi Allah, elokkanlah kiranya kelakuanku sebgaimana Engkau telah mengelokkan rupa kejadianku.

.
Doa kebersihan hati
Ya Allah! Bersihkanlah hatiku daripada nifaq dan peliharalah kemaluanku dari melakukan perkara yang keji.

.
Doa masuk ke tandas
Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan kepada Engkau dari gangguan syaitan lelaki dan syaitan perempuan.

.
Doa keluar dari tandas
Segala puji bagi Allah yang merasakan keenakkannya kepadaku dan mengekalkan kekuatannya kepadaku dan menghilangkan daripadaku bahayanya.

.
Doa kecantikan diri
Ya Allah, kayakanlah aku dengan ilmu, hiasilah diriku dengan sifat lemah lembut, muliakanlah aku dengan tawa dan cantikkanlah aku dengan kesihatan.

.
Doa memakai pakaian baru
Segala puji bagi Allah yang telah memberi pakaian kepadaku dan merezekikannya kepadaku tanpa daya dan tanpa kekuatan dari padaku.

.
Doa masuk masjid
Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu rahmatMu.

.
Doa keluar dari masjid
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Engkau dari rahmatMu.

.
Doa sesudah azan
Ya Allah, Tuhan yang mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah Nabi Muhammad saw kedudukan yang terpuji dan yang tertinggi yang telah Engkau janjikan.

Doa sesudah sembahyang
Ya Allah, Engkaulah yang mempunyai kesejahteraan dan dari Engkaulah kesejahteraan. Maha Berbahagialah Engkau wahai Tuhan yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

.
Doa menjauhkan diri dari teraniaya
Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari kesesatan atau disesatkan orang, dari tergelincir atau digelincirkan orang, dari menganiaya atau dianiaya orang,dari kebodohanku atau diperbodohkan orang.

.
Doa keluar dari rumah
Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah, tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

.
Doa masuk rumah kosong
Semoga keselamatan tetap atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

.
Doa keselamatan jalan raya
Allah Maha Besar; Allah Maha Besar; Allah Maha Besar, Maha Suci Allah yang telah memudahkan ini untuk kami sedangkan kami tidak berkuasa apa-apa dan kepadaMu kami akan kembali.

.
Doa kesejahteraan
Ya Allah, kami memohon kesejahteraan agama dan kesejahteraan badan, penambahan ilmu dan berkat rezeki serta taubat sebelum mati, rahmat diwaktu mati dan keampunan sesudah mati.

.
Doa minta sentiasa mendapat petunjuk
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menyesatkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk. Dan berilah rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.

.
Doa mudah faham dan hafal
Wahai Tuhan! Kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.

.
Doa mendapat ilham yang baik
Ya Allah, berilah akan daku ilham petunjuk dan peliharalah aku dari kejahatan.

.
Doa kecergasan menjauhkan lemah dan malas
Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada duka dan susah, daripada lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu daripada ketakutan dan kebakhilan, daripada kesulitan-kesulitan hutang dan penindasan orang.

.
Doa ketika hendak memasuki ujian atau temuduga
Ya Allah, persiapkanlah kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu.

.
Doa mohon kejayaan
Ya Allah, aku memohon kejayaan dalam pengadilan dan tempat orang-orang syahid, penghidupan orang-orang yang bahagia dan kemenangan mengatasi musuh.

.
Doa apabila terlupa
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak lupa. Wahai Tuhan, ingatkanlah aku apa yang aku lupa.

.
Doa ketika dalam keadaan terkejut
Dialah Allah, Allah Tuhanku yang tiada sekutu bagiNya.

.
Doa supaya dikasihi semua orang
Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kemuliaan dan jadikanlah aku orang yang beriman, orang yang baik dikasihi disisiMu dan disisi semua manusia.

.
Doa ketika hendak berbahas
Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah pekerjaan (urusanku) dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham perbicaraanku.

.
Doa ketika takut berjumpa orang besar
Tiada Tuhan melainkan Allah yang lemah lembut dan Maha Bijaksana. Maha Suci Allah Tuhan bagi tujuh petala langit dan 'arasy yang agung. Tiada Tuhan melainkan Engkau, mulialah orang yang menghampirkan diri padaMu.

.
Doa ketika hendak tidur
Dengan namaMu; ya Allah aku hidup dan mati.

.
Doa ketika terperanjat waktu malam
Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemurkaanNya dan dari kejahatan hamba-hambaNya, juga dari gangguan syaitan yang datang.

.
Doa ketika gelisah tak dapat tidur malam
Ya Allah, bintang-bintang telah masuk, mata telah tidak bergerak, Engkau tetap hidup lagi berdiri dengan sendiri tidak mengantuk dan tidur, wahai yang hidup lagi berdiri dengan sendirinya, tenangkanlah malamku dan lelapkanlah mataku.

.
Doa ketika mendapat mimpi yang baik
Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam.

.
Doa ketika mendapat mimpi buruk
Aku memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk.

.
Doa bangun dari tidur
Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami dan kepadaNyalah tempat kembali.

.
Doa ketika orang lain menceritakan mimpi baiknya kepada kita
Semoga kebaikan yang engkau mimpikan itu dan semoga baik pula keadaannya.

Doa kesejahteraan
Ya Allah, kami memohon kesejahteraan agama dan kesejahteraan badan penambahan ilmu dan berkat rezeki serta taubat sebelum mati, rahmat diwaktu mati dan keampunan sesudah mati.

.
Doa penjaga diri
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan diriku dan dari kejahatan tiap-tiap makhlik, Engkaulah yang mengendalikannya. Sesungguhnya Tuhanku atas jalan yang benar.

.
Doa ketika ditimpa kesusahan
Tiada Tuhan melain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku tergolong orang-orang yang zalim.

.
Doa ketika menghadapi kesukaran
Ya Allah, mesrakanlah denganku pada memudahkan setiap yang sukar. Sesungguhnya memudahkan setiap yang sukar bagiMu adalah mudah. Aku mohon padaMu kemudahan dan limpah kebaikan di dunia dan akhirat.

.
Doa bila menemui kesukaran (jalan buntu)
Ya Allah, tiada yang mudah kecuali apa yang engkau menjadikannya mudah dan Engkau menjadikan yang sukar menjadi mudah bila Engkau kehendaki.

.
Doa terkena bala
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang dan tidak ada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Mulia dan Maha Agung.

.
Doa ketika ditimpa musibah
Sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan sesungguhnya kita akan kembali kepadaNya.

.
Doa ketika susah mendapat pekerjaan
Ya Allah, berilah aku keredhaan atas keputusanMu, berkatilah aku pada yang telah diputuskan hingga tiadalah aku ingin mendahulukan yang Engkau lambatkan dan tidak pula melambatkan apa yang telah Engkau cepatkan.

.
Doa minta hati tetap berpegang pada agama
Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkanlah diriku di atas agamaMu dan mentaatiMu.

.
Doa jika hati was-was
Kami percaya kepada Allah dan rasul-rasulNya.

.
Doa apabila melihat musuh
Wahai zat yang merajai hari pembalasan kepada Engkaulah aku menyembah dan kepada Engkaulah aku memohon pertolongan.

.
Doa isteri Firaun
Ya Tuhanku, dirikanlah sebuah rumah untukku di sisiMu, dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya, serta selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.

.
Doa bila mengetahui musuh Allah meninggal
Segala puji bagi Allah yang telah menolong hambaNya dan memuliakan agamaNya.

.
Doa dilanjutkan usia
Wahai Tuhan, panjangkanlah umurku dalam mentaatiMu, dan mentaati RasulMu serta jadikanlah kami daripada kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.

.
Doa murah rezeki
Wahai Tuhan, berilah aku rezeki yang banyak keadaannya halal lagi diberkati.

.
Doa minta mati dalam iman
Ya Allah, matikanlah aku dengan mati yang baik (dapat mengucap "La Ilaha Illallah") dan janganlah matikan aku dengan mati yang buruk (mati tidak beriman).

.
Doa minta kebahagiaan dunia dan akhirat
Wahai Tuhan, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari azab siksaan api neraka.

.
Doa mengelakkan segala bahaya
Dengan nama Allah yang tiada membahayakan beserta namaNya oleh sesuatu dibumi dan di langit dan Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

.
Doa minta naik pangkat
Wahai Tuhan, sesungguhnya aku lemah, kuatkanlah aku, aku hina, muliakanlah aku, aku miskin. kayakanlah aku, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.

Doa untuk sahabat yang naik pangkat
Puji-pujian kepada Allah yang telah memberi pertolongan pada engkau, yang memuliakan engkau dan memberikan tempat terhormat kepada engkau.

.
Doa minta dijauhkan dari banyak tanggungan
Wahai Tuhan, aku berlindung dengan Engkau dari kekerasan hati, kelalaian, banyak tanggungan (keluarga), kehinaan dan kemiskinan.

.
Doa apabila sukar membayar hutang
Ya Allah, cukupkanlah untukku apa yang dihalalkan olehMu daripada yang diharamkan olehMu dan kayakanlah aku dengan anugerahMu dari siapa yang selain Engkau.

.
Doa minta dijauhkan dari kemurkaan Allah
Ya Allah, aku berlindung pada Engkau dari kehilangan nikmatMu, dari luputnya kesihatan yang Engkau kurniakan dan daripada pembalasanMu yang mendadak, dan dari semua kemurkaanMu.

.
Doa ketika marah
Aku memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk.

.
Doa mohon diberi keampunan
Ya Allah, aku mohon keampunan dosa, dan kesihatan diri dalam agama di dunia dan di akhirat.

.
Doa penerang hati
Wahai Tuhan kami, bukakanlah olehMu atas kami hikmat Engkau dan bentangkanlah olehMu atas kami gedung rahmat Engkau. Wahai Tuhan yang Amat Pengasih dari segala yang pengasih.

.
Doa untuk ibubapa
Ya Allah, ampunilah aku dan ampunilah ibubapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.

.
Doa minta dilindungi dari mendapat malu
Ya Allah, tutupilah keaibanku dan tenteramkanlah ketakutanku dan ampunilah dosaku.

.
Doa minta dijadikan kekasih Allah yang takwa
Ya Allah, jadikanlah kami kekasihMu yang taqwa, dan golonganMu yang bahagia dan hamba-hambaMu yang soleh, dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.

.
Doa penjaga diri Saiyidatina Fatimah
Wahai Tuhan yang Hidup lagi Penjaga Alam Semesta, saya meminta pertolongan belas kasihanMu, janganlah membiarkan aku, sekejap mata juapun, dan perbaikilah segala urusanku.

.
Doa ketika melawat orang sakit
Ya Allah, Tuhannya manusia, hilangkanlah sakitnya, sembuhkanlah, Engkaulah Zat yang Menyembuhkan, tiada yang sembuh kecuali Engkau sembuhkan, dengan sembuh yang tiada merasa sakit.

.
Doa orang yang merasakan ajalnya telah dekat
Ya Allah, berilah pertolongan kepadaku dalam menghadapi kesengsaraan mati dan sakaraatil maut.

.
Doa orang yang ditimpa musibah kematian
Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepadaNya. Ya Allah, berilah pahala kepadaku dalam musibahku dan berikanlah ganti untukku yang lebih baik daripadanya.

.
Doa ketika melihat jenazah
Maha Suci Zat yang Hidup yang tidak akan mati.

.
Doa ketika ziarah kubur
Semoga keselamatan tetap padamu wahai perumahan para mukminin dan sesungguhnya kami insya Allah akan menyusul kamu sekalian.

.
Doa apabila angin bertiup sangat kencang
Ya Allah, jadikanlah ia sebagai rahmat dan janganlah Engkau jadikan ia sebagai siksa. Ya Allah, jadikanlah ia angin kerahmatan dan bukanlah angin malapetaka.

.
Doa apabila mendengar halilintar
Ya Allah, janganlah Engkau membunuh kami kerana kemarahanMu, dan janganlah Engkau merosak binasakan kami kerana siksaanMu, dan jagalah kami sebelum yang demikian itu..

.
Doa ketika turun hujan
Ya Allah, semoga deras yang membawa manfaat.

UNTUK KELUARGA

.
Doa untuk pengantin baru
Semoga Allah memberi berkah untukmu dan semoga Allah memberkahi atasmu dan semoga Ia mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan.

.
Doa bila bergaul dengan isteri
Dengan nama Allah, Ya Allah jauhkanlah kami dari godaan syaitan dan jauhkanlah kami dari syaitan apa yang Engkau rezekikan kepada kami.

.
Doa bila melihat bayi baru lahir
Semoga Allah memberkati apa yang diberikan kepada engkau, dan aku bersyukur kepada zat yang memberinya.

.
Doa ketika melihat sesuatu yang disenangi
Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatNya menjadi sempurna segala kebaikan.

.
Doa meminta memuliakan keluarga
Wahai Allah, aku mengharapkan kegembiraan dari Engkau untuk aku dan isteriku dan dari keluargaku (keturunanku), pandangan cahaya mata yang menyenangkan dan jadikan aku pemimpin orang-orang yang bertaqwa.

.
Doa mohon keturunan yang baik
Wahai Tuhanku berilah kepadaku keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau mendengar terhadap doaku.

.
Doa yang dibaca Nabi Zakaria A.S
Ya Tuhanku, kurniakanlah aku dari sisiMu keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.

Doa setelah memberi zakat atau hadiah
Ya Tuhan kami, terimalah amalan kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Doa ketika menerima zakat atau hadiah
Semoga Allah memberi pahala kepadamu dari zakat dan pemberian yang kamu serahkan. Semoga dijadikan pula sebagai pembersih untukmu, dan semoga Allah memberi berkat padamu dalam rezeki yang masih tinggal milikmu.

MUSAFIR

Doa bagi orang yang akan bermusafir
Semoga Allah memberkati engkau taqwa dan mengampuni dosamu, dan memudahkan padamu jalan kebaikan di mana saja engkau berada.

Doa musafir kepada yang ditinggalkan
Aku titipkan kamu kepada Allah yang tidak akan tersia-sia segala titipanNya.

Doa musafir ketika keluar dari rumahnya
Dengan nama Allah aku bertawakal, tidak ada daya dan tidak ada kekuatan melainkan atas pertolonganNya.

Doa keselamatan jalan raya
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Allah yang telah memudahkan ini untuk kami sedangkan kami tidak berkuasa apa-apa dan kepdaMu kami akan kembali.

Doa ketika turun di suatu tempat
Aku memohon perlindungan dengan menyebut kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kecacatan apa yang ia jadikan.

Doa ketika melihat kota tumpah darahnya
Ya Allah, jadikanlah tempat itu menjadi tempat tinggal yang tetap bagi kami dan berilah rezeki yang baik.

Doa ketika masuk ke dalam rumah
Kami mohon bertaubat, kami mohon bertaubat, kami kembali kepada Tuhan kami dengan meninggalkan dosa.

Doa kepada musafir yang kembali
Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan engkau, segala puji bagi Allah yang telah mengumpulkan persatuan dengan kedatanganmu.

RAMADHAN

Doa sujud tilawah
Ya Allah, untuk Engkau jualah aku bersujud, dengan Engkau aku beriman, dan bagi Engkau aku jadi muslim sejati.

Doa ketika berbuka puasa
Telah hilang dahaga dan telah basah urat-urat dan semoga tetaplah pahala Insya Allah.

Doa ketika tepat malam Lailatul Qadar
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun suka pengampunan maka ampunilah aku.

nok bakit asal


sebak la kato ambo ni oghe tok soho...jatuh bangun ambo sediri.jale pon ambo sediri.marilah tepak oghe nok chari make.bak kato wok yoh...mako bejale lah ambo meranta tempak oghe nok chari make.tingga ayoh, tingga mok, adik bghadik dok kampong.loo ning, abe raso malu.tengok keliling abe raso sayu.tok tahu bilo dok nok duduk tempak asal.

yap..jadi ambo sedih sangaklah loo ning.sebab tok kalo mulo nyo ambo belaja sini tigo tahun.ingak nok buat budi ko tanoh tempak daroh keturunen ambo.tapi, betala jugok.sebab la kato...kijo loo ni banyok tempak oghe.ambo ni perantau hok tok tahu bilo nok balik tempak sediri.mok ayoh tuo doh.pah tu sapo doh nok jago dio.pah kito pon jadi tou jugok kalu omo panje.pada sapo-sapo anok kelate.kalu nok bakit asal meme kito ni, maghi sini nok cari make.kalu jupo samo sediri tu jange lah buak tok kena pulok.sebak lah kato...abe.gunung tinggi mano pon abe sangguk rungkas...apo lagi lauk te api pon abe relo kalu sebab adik soghe. aaaikkk...make bejalelah ambo sore-sore...sebablah kato ambo ni kuruh perut tekok bokok...kalu tok kijo tak dok gaji lah weh... haghi ni ambo nok kecek kelate...

Sunday, October 23, 2005

Dari Luar Lingkaran: Aku Gembira penerimaan itu


assalamualaikum...pagi ini aku terkejut besar. sebab sampai saja pukul 7.03 pagi kat pejabat, ada sesuatu yang aku tak sangka...jeng-jeng, kad raya.aku ingat tak ada dah kawan-kawan aku yang ingat aku sedangkan aku sentiasa ingat diorang tu.tapi, aku dah agak dah ini mesti kad kawan aku yang sorang ni. dia tinggal di perak.eemm...jauhkan, kalau bandingkan dengan kuala lumpur.allahamdulilah, ingat juga dia pada aku.aku juga sentiasa ingat pada dia.sebab dia kawan yang paling baik dan jujur yang pernah aku kenal.aku ingat hari ni nak pergi poskan kada aku pada dia juga.kad tu dah lama tulis dan nak hantar pada dia, tapi tak sempat sebab menyibuk memenjang.
pada semua kawan-kawan aku ringan-ringankanlah tangan tu untuk telefon ke atau kirimkan salam lebaran pada aku yang di kejauhan ini.ramai kawan-kawan masa belajar U dahulu semuanya dah kahwin.mereka tu dah bawa diri masing-masing.cari kerja merata-rata tempat dan tinggal pun jauh.jadi sukarlah kami nak jumpa macam dulu lagi.kalau dulu boleh pergi jalan-jalan hujung minggu ke bangsar dan damansara utama, tengok racing dekat lebuh raya seremban dan banyak lagilah. itu semua sudah tinggal kenangan. aku rindukan mereka.moga suatu masa nanti kita akan dipertemukan semula hendak-Nya.
panjang lebar juga kawan aku ni tulis dalam kad rayanya. kad tu aku terima pada 21 oktober 2005, dah dicop penerimaannya oleh mereka yang bertanggungjawab.emm...terima kasih, sebab masih ingat pada saya di sini.padanya aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri, 2005. moga persahabatan ini akan kekal selamanya.

Friday, October 21, 2005

iNi aKu... tHeMeRePeK aKuSeNdIrI


hauah...hahaaaa...tak sangkakan ni gambar aku...heheee.aku ingat sape tadi.rupanya themerepek akusendiri rupa nya.

Merepek dan Meracau: Catatan Kosong

assalamualaikum...hari ini merupakan suatu hari yang zazaaaaz...buat aku. ini kerana hari ini aku datang lebih awal dari rumah untuk ke tempat kerja. hujan lebat sangat-sangat. kalau keluar seperti biasa, mesti jem teruk.jadi, aku mengambil langkah yang drastik dengan keluar lebih awal, lebih awal lebih tenang otak kepala aku sebab terlepas daripada kesesakan yang teruk dalam bandar raya kuala lumpur ini.

pagi tadi aku sahur dengan bertemankan bihun goreng ringkas sahaja. bolehlah untuk alas perut saja sementara nak berbuka puasa nanti. lagi pun hari ini terlalu banyak kerja yang nak aku buat.

sampai pejabat biasalah hari ini aku orang pertama yang buka pejabat tu, sebab kawan-kawan aku belum datang lagi. apa lagi, ambil kunci dekat pak guardlah. aku ingat hari ini merupakan rekod baru aku dalam bulan ni sebab dah sampai pejabat pada pukul 6.20 pagi...hahaaa. masuk pejabat , on kan komputer dan check e-mel yang kawan-kawan yang boleh aku balas. tapi belum tentu diorang nak balas balik e-mel aku. ada sorang kawan aku tu dah lama dah tak dengar khabar sebab sebelum ini kita seringkali berbalas e-mel. aku ingat dia juga sibuk. aku ingat di sangat-sangat. pas tu sekarang ni aku tengah memain dengan blog aku ni yang memerlukan banyak lagi penambahan maklumat dan artikel aku sendiri...sebab banyak lagi nanti aku nak buat themerepek akusendiri pada yang rajin nak baca.

hari ini juga hari yang menggabrakan aku sebab ada job aku yang nak kena submited ke kementerian pelajaran malaysia. semalam job tu ada problem sikit.huh..ni yang memeningkan kepala sikit. filem maker cakap printing buku aku kena stop sebab filem warna diorang tak output...wahh ini boleh mendatangkan marah...sebab hari tu aku dah buat siap-siap dummy pada penerbit tu.nasib baik aku dah menyettelnya semalam. huh, panas.janji, job tu siap dan ada depan meja aku.tidak almampus nak kena menjawab pada boss aku nanti.aku doakan pada diriaku sendiri moga job tu siap...amin.pas tu juga nak tulis kad raya sikit pada keluarga kat kampung N pada kawan-kawan yang aku ingat dan yang mereka ingat aku jugak.

ok, sekarang aku nak buat checklist untuk kerja-kerja aku untuk hari ini.kerja mesti mengganas punya.baru boleh siap...hahahuuahahaaa.orait_mintak lalu dulu.

al-fatihah

al-fatihah... buat Allahyarhamah datin seri paduka endon binti dato mahmod. dan takziah buat seluruh keluarga PM. moga allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan solehah...amin
seluruh rakyat merasakan suatu kehilangan seorang ibu yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara. TQ

Thursday, October 20, 2005

Halwa Telinga Tika Sunyi Berbisik

Seakan Menguji

Betapa getirnya rindu
Yang kau kikis
Tak terhakis di persisir hati
Walaupun hujan
Menimpa sahara
Tak mungkin hilang
Panas di bumi
Dahagalah musafir
Mengejar realiti duniawi
Kiasnya pujangga
Hamparan penuh suci niatnya
Getar jari jemari ku tahan jua
Menggenggam bara hingga menjadi abu
Luka dan pedih amatlah berbisa-bisa
Hanya kesabaran penawar sejati
Pengorbanan adalah
Satu kemestiannya
Dalam hidup
Walaupun kau diriku
Seribu keresahan
Di mimpi
Cinta bagaikan bebayang
Makin diusir semakin hampir
Apa yang kita impikan
Tak semuanya menjadi
Datangnya seakan menguji.
Lirik:AMUK
aku minat sangat ngan kumpulan amuk....yeyehhh..hahahaa

Beringat-ingat Pada Diri Sendiri


Kerja seperti biasa. Tekanan membelanggu perasaan, apabila masa kian hampir melepasi kerja yang aku buat pun yang semalam, sebab kerja aku ni tak dapat disiapkan dalam masa satu hari. check e-mel kawan-kawan dan pergi memantau kejap. aku kena kontek penulis, kontek designer, kena baca teks, kena lihat ilustrasi, kena semak pms, kena mesyuarat, bengkel berminggu-minggu dan kena semak printing, filem dan sampailah buku ini di edar ke sekolah. kalau akau nak cerita memang takkan habis dalam masa satu hari. sebab aku ingat job yang aku buat pun belum habis lagi. apa nak dikata kalau aku tak siapkan buku sekolah ni, macam manalah budak-budak sekolah tu nak baca buku teks...hehehheee.

Aku dah masak sangat dengan kerja ni, sebab daripada mula aku lepas keluar univerisiti putra malaysia, 2000 - aku dah sahut cabaran dalam bidang ni sampailah sekarang. kerja macam aku ni tak kira masa. kalau nak bilang boleh balik awal macam pegawai kerajaan lain sorry...sebab nak kena kerja lebih masa, tidak job tu tak siap memandangkan dateline nya sangatlah singkat.bukan nak mengungkit dengan kerja ni, cuma nak meluahkan rasa hati aku yang terpendam ni. selama aku kerja dalam bidang editorial ini, aku memang happy sangat-sangat. sebab bidang ni telah mengajar aku banyak pengalaman yang belum tentu aku boleh dapat masa aku belajar dulu dan kalau pergi kursus mesti kena paw duit aku gila-gila. kerja dalam bidang ni, macam biasalah aku dah kira boleh pandai buat in-design, printing, photoshop, ilustrator...ahh banyak lagilah kalau nak cerita...bukan nak takburlah, tapi amin..kerja ni dah tukar aku jadi sentimental hati lelaki ini...

tapi, walau bagaimanapun raya ni aku tak nak dah raya dekat kuala lumpur ..bahaya nanti mengulupur aku dibuatnya bila dengar lagu raya. yang penting sekarang boss aku dah luluskan cuti aku tu...hahaaa
apa-apa pun tak kira apa juga bidang yang kita cebur janji rock dan kita minat...buat kerja biar sampai mati.wakakakaaa.

Penantian ini


PENANTIAN INI

penantian ini
pasrah
betapa sukar hati berkata
saat kau hilang
daripada pandangan

setiap saat
tiap waktu
aku coret kata-kata ini
dalam e-mel kita
coretan rindu
pada yang berpunya

ku baca nota mu kelmarin
sayu hati merintih
cari mu dalam mimpi semalam
gelap
pekat
jerih
payah
masih segar dalam ingatan
cari mu entah di mana
jatuh bangun kuatkan hati

Tuhan
apakah tiada cahaya lagi
yang datang membawa sinar
walau pelangi sekali
tika hujan mulai turun membasahi hati
agar dapat ku cari diri mu
dalam penantian ini

kepada mu aku bertanya
aku pasrah
atau harus aku menghitung lagi
yang bakal aku nantikan
saat ini

aku berserah kepada mu Tuhan
diri ini, hati, dan perasaan ini
agar ada lagi sinar itu yang bakal aku nantikan
kehadiran diri mu
walau seribu tahun lagi...
dalam penantian ini.

- penantian ini
(sajak sewaktu menanti/mencari kehidupan aku sendiri)

17 oktober 2005