Friday, June 16, 2006

Bukan Lupa, Tapi Tak Ingat



Masa yang meruntun Perasaan


Mahu aku katakan menyesal untuk keseribuan kalinya. Namun, apakan daya aku cuma manusia biasa yang kekadangnya terlupa dengan tanggungjawab dunia, terlupa seketika yang ada di dunia semuanya tidak kekal. Yang kekal hanya di sana menjadi tempat kekalnya hidup dan matinya kita.

Sesalan itu hanya lahir dalam diri kita bila berlakunya sesuatu yang terjadi tanpa diduga atau yang tidak dirancang. Walaupun tika itu kita bergembira, namun sebenarnya hati dan perasaan kita bersedih. Kembalinya aku ke sini bukannya untuk meluahkan perasaan hati, tapi sekadar untuk memenuhi suasana yang kian keruh, biarkan ia jernih walaupun seketika. Aku sendiri tak tahu kenapa aku terlontar ke sini. Tidak dalam mimpi, belum dalam angan dan jelas di siang hari aku mengheret diriku ke daerah asing ini. Daerah asing ini, adakah aku sendiri yang ciptakan?Atau sedia asal ia bertapak di sini.

Di manakah nukilan dan coretan kosong aku selama ini?Suram, kaku, kelu dan bisu perasaan itu kurasakan lama tidak menjelma dalam kotak fikiran yang kian berdebu. Debu itu ada kalanya luntur dik sedikit ilmu yang telah terpahat dalam-dalam di dalam lubuk hati aku. "Arghhh... debu itu bukan punca aku tak ke sini lagi", tapi mungkin kerna sesuatu yang lain menjadi kekalutan dalaman yang turut mengkecamukkan antara aku, perasaan aku, kotak fikiran aku, dan akal yang betul mencecah bumi ini. Mungkin kau takkan memahami apa yang aku rasakan. Zaman mu, zaman mereka dan zaman aku banyak berbeza. Bukan saja kau boleh pandang dalam ilmu lahiriah sahaja, kau perlu lebih tahu isi batiniah yang kian mendesak dalam gelodak jiwa alam penuh misteri ini.

Walaupun kau tidak mengerti hadirnya aku ke sini. Tapi, cubalah sesekali belayar dalam diri, perasaan, akal, otak fikiran aku. Walau mungkin payah dimengertikan dalam kamus hidup mu.






No comments: