Thursday, August 27, 2009

Merbah Jambul







Merbah jambul jenis kampung yang berasal dari Malaysia ini adalah jarang lagi ditemui di negara ini. Menurut Jabatan Perhilitan Malaysia, burung spesies Merbah ini hampir pupus di negara ini. Sekiranya hendak mengurung atau memelihara burung ini memerlukan permit khas/lesen memelihara.




Ini adalah merbah jambul negeri sembilan yang sukar untuk diperolehi. Saya mempunyai lesen memeliharanya yang perlu diperbaharui setiap tahun. Burung ini jenis pengicau yang memiliki suara yang merdu jika diperhalusi dengan teliti terutamanya kepada peminat burung jenis siulan/pengicau. Merbah jambul adalah spesies yang mudah jinak dan mempu membuat bunyi-bunyi yang pelbagai sehinggakan boleh mencecah 30 jenis bunyi suara burung pengicau yang lain.




Dari sudut penjagaan yang memerlukan perhatian dari segi kebersihan sangkar. Jenis khasiat pemakanan yang diberikan agar pemakanan burung dan dietnya seimbang yang perlu diselang-selikan antara palet(makanan burung buatan manusia) dengan buah -buahan yang tidak bergetah yang bertujuan untuk menjaga suara burung daripada rosak. Antara jenis buah yang boleh diberikan kepada MJ adalah seperti pisang kepok/abu, buah oren, tomato, cili/lada, buah hutan seperti ceri, nanas, tembikai dan sebagainya.




Kebanyakan penggemar burung ini akan mengadakan pertandingan suara burung Merbah Jambul seperti yang diadakan di Kelantan, selatan dan utara tanah air. MJ juga perlu diberi mandi seminggu 3 atau 4 kali bergantung kepada masa yang terluang di samping Mj perlu dijemur di bawah cahaya matahari pagi dari pukul 8.00 hingga pukul 11.00 pagi untuk menyihatkan burung. Cahaya pagi juga membekalkan vitamin dan kesegaran kepada MJ selain dapat membuka suara mj apabila sangkarnya digantung bersama-sama dengan burung yang lain. Mj akan bergulug sama ada gulung berlapik atau gulung biasa.

5 comments:

Anonymous said...

bagai mna nk mandi kan burung???saya letak bekas air dilantai sangkar ia tidak mandi...

Anonymous said...

bagai mna nk mandi kan burung???saya letak bekas air dilantai sangkar ia tidak mandi...

gerugerar said...

dapatkan Mj yg dah pandai mandi menggunakan bekas.letak Mj baru yg nak diajar di tengah2 yg dikelilingi olh MJ otai td...*semburkn sedikir air/guna penyembur air kpd mj td...

gerugerar said...

Tidak pn ajar mandi hujan dahulu...Tp pengalaman ada Mj kg (negeri 9) saya tak pandai mandi sampai skg..huhuh...terpaksalh gunakan penyembur utk basahkan mj shj...kalau mandi pn celup kepala sikit shj.

Unknown said...

Pgg burung tu simbah kn je air pd dye..kadang² dye x mandi dlm bekas yg kita letak tkot x sesuai bekas tu cuba letk bekas yg lain...