Inilah air mujarab untuk membasahkan tekak setelah seharian berpanas! Air dalam buah yang betul-betul berkhasiat dan menyegarkan dengan jaminan 101 % selamat diminum. Bahkan boleh merawat racun, merawat penyakit dan dapat menurunkan suhu badan.
Friday, October 09, 2009
Tuesday, October 06, 2009
Sarang Buatan Pulau Pinang
Sangkar Merbah Jambul Ukir
Ini adalah antara jenis sangkar buatan Siam yang berbentuk ukiran. Memang mikat hati kepada peminat hobi ini. Sangkar ukir sememangnya hasil kerja tangan yang betul-betul halus dan teliti. Namun begitu, masih terdapat beberapa jenis sangkar MJ yang popular seperti sangkar Pulau Pinang, sangkar Kelantan dan Sangkar Siam.
chai jambul
Latihan MJ
Ini adalah cara/kaedah latihan untuk menguji stamina burung merbah jambul sebelum masuk pertandingan(kontes). Cara ini lebih praktikal untuk mengajar MJ untuk mengenal lawan, membiasakan burung dengan persekitaran brg2 yang banyak dan menguatkan hati brg agar berani dan terus berbunyi (berkukuk) untuk memastikan setiap pusingan dapat mengekalkan prestasi MJ untuk mendapatkan markah yg tertinggi pada setiap pusingan tsb.
Saturday, October 03, 2009
Ramadan berganti Syawal
Tanpa disedari aku telah jauh mengelamun, walhal bulan itu baru sahaja aku lalu. Walau benak masih basah menghitung amal, namun aku tetap leka dengan denyutan dan ulitan dunia yang memahat rasa.
Syawal kutempuhi dengan tenang di samping keluarga berhari raya diselang dengan hari keluarga yang melekakan aku sehingga datang hari itu aku perlu ke perantauan semula, walau kaki, hati, perasaan tetap masih terikat di desa kasih!
Syawal kutempuhi dengan tenang di samping keluarga berhari raya diselang dengan hari keluarga yang melekakan aku sehingga datang hari itu aku perlu ke perantauan semula, walau kaki, hati, perasaan tetap masih terikat di desa kasih!
Friday, September 11, 2009
Salam Aidilfitri
Thursday, August 27, 2009
Merbah Jambul
Merbah jambul jenis kampung yang berasal dari Malaysia ini adalah jarang lagi ditemui di negara ini. Menurut Jabatan Perhilitan Malaysia, burung spesies Merbah ini hampir pupus di negara ini. Sekiranya hendak mengurung atau memelihara burung ini memerlukan permit khas/lesen memelihara.
Ini adalah merbah jambul negeri sembilan yang sukar untuk diperolehi. Saya mempunyai lesen memeliharanya yang perlu diperbaharui setiap tahun. Burung ini jenis pengicau yang memiliki suara yang merdu jika diperhalusi dengan teliti terutamanya kepada peminat burung jenis siulan/pengicau. Merbah jambul adalah spesies yang mudah jinak dan mempu membuat bunyi-bunyi yang pelbagai sehinggakan boleh mencecah 30 jenis bunyi suara burung pengicau yang lain.
Dari sudut penjagaan yang memerlukan perhatian dari segi kebersihan sangkar. Jenis khasiat pemakanan yang diberikan agar pemakanan burung dan dietnya seimbang yang perlu diselang-selikan antara palet(makanan burung buatan manusia) dengan buah -buahan yang tidak bergetah yang bertujuan untuk menjaga suara burung daripada rosak. Antara jenis buah yang boleh diberikan kepada MJ adalah seperti pisang kepok/abu, buah oren, tomato, cili/lada, buah hutan seperti ceri, nanas, tembikai dan sebagainya.
Kebanyakan penggemar burung ini akan mengadakan pertandingan suara burung Merbah Jambul seperti yang diadakan di Kelantan, selatan dan utara tanah air. MJ juga perlu diberi mandi seminggu 3 atau 4 kali bergantung kepada masa yang terluang di samping Mj perlu dijemur di bawah cahaya matahari pagi dari pukul 8.00 hingga pukul 11.00 pagi untuk menyihatkan burung. Cahaya pagi juga membekalkan vitamin dan kesegaran kepada MJ selain dapat membuka suara mj apabila sangkarnya digantung bersama-sama dengan burung yang lain. Mj akan bergulug sama ada gulung berlapik atau gulung biasa.
Wednesday, August 26, 2009
Semersik Kenangan
Sajak baru akan aku terbitkan dalam jangka masa terdekat. Sajak ini adalah kesinambungan daripada sajak terbitan lepas " rumah dihujung bendang". Sajak baru ini adalah hasil nukilan akhir 2008 - 2009 daripada titian perjalanan semusim. Warna asal kulit sajak ini berubah kerana latar belakang warna blog ini telah mampu mengubah segalanya!
Tuesday, August 25, 2009
Bengkel e-jurnal
Hari Lepas
Minggu lepas aku menyertai bengkel e-Jurnal anjuran jabatan di sebuah resort di Port Dickson, taikhnya aku seakan tidak mengingatinya, walaupun hakikat pada dasarnya aku jenis yang pelupa dan payah hendak mengingati banyak benda dalam satu masa. Di sini aku hendak menceritakan sepanjang beberapa hari di sana.
Hari pertama biasalah daftar masuk-bengkel mula sebelah malam. Waktu siangnya aku sekeluarga menyelinap masuk dalam kawasan PD "ronda-ronda" sambil cari makan. Suasananya sungguh jernih mata memandang dengan deruan air lautan di gigi pantai, walauun jauh sekali kami hendak mandi-manda, waktu amat mencemburui.
Sebelah malam aku bergelumang dengan bengkel yang penuh berteka-teki. Mana taknya, masing-masing punya aura yang tersendiri berbahas pendapat, komen yang lantang, kekadang aku bingung, lantas keluar menikami seteguk kopi di bucu tangga bersama teman-teman yang berhaluan kiri kanan!Habis bengkel balik bilik, terus tidur.
Anak-anak telah lama nyenyak dibuai mimpi indah, mungkin bermimpi pasal laut. Yang sebetulnya jarang ditemui oleh mereka. Aku yakin!
Sepanjang berbengkel sempat juga aku sekeluarga berjalan-jalan di tepi pantai sambil aku sibuk memerhati pemandangan dan tarikan yang boleh disimpan dalam benak memori yang kadangkala aku jengah tika sepi menerjah.
Monday, August 24, 2009
Salam
Akhirnya aku ke sini lagi setelah lama akaun terbiar sepi...kerana dek terlupa kata laluan yang mencengkam otak selama ini..
Akhirnya aku ke sini lagi setelah lama akaun terbiar sepi...kerana dek terlupa kata laluan yang mencengkam otak selama ini..
Ramadan 2009 ini aku akan memulakan langkah satu!walaupun terkadang kudrat aku masih tersimpul antara masa dan waktu yang membataskan segalanya "sekaki melangkah". Pasti ada rona cahaya menyingkap silau pabila aku berdiri di sebalik pepohon itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)